Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Aktor Kacak Ini Disebut Akan Rampas Watak ‘Superman’ Seterusnya Kerana Mirip Henry Cavill

by Phic ARMAN
December 6, 2019
Share on Facebook

Rumor terbaru muncul kembali untuk watak popular, Superman. Jika sebelum ini Warner Bros dilaporkan sedang melirik Michael B. Jordan untuk menggambarkan watak superhero ikonik, maka kini laporan lain menyebutkan terdapat pelakon lain yang berpotensi menjadi Superman seterusnya.

Foto Oleh Fco Javier Castillo/MARINA PRESS/REX/Shutterstock

Dilaporkan oleh JoBlo, Warner Bros dikatakan sedang menghampiri seorang pelakon pendatang baru bernama David Corenswet untuk menjadi Man of Steel yang akan datang.

Pelakon berusia 26 tahun itu bahkan dikhabarkan menjadi salah seorang calon kuat untuk menggantikan Henry Cavill.

Nama David Corenswet meniti di bibir peminat secara meluas selepas dia berlakon dalam sebuah siri “The Politician” di Netflix dan “Affair of State”. Warner Bros disyaki melirik pelakon muda ini kerana dia mempunyai wajah yang sama seperti Henry Cavill.

David Corenswet mempunyai wajah yang kacak dengan dada bidang juga bentung rahang yang bersegi, belum lagi mata biru besar dan rambut hitam yang begitu mirip dengan Henry Cavill.

Sementara itu, laporan lain menyebutkan bahawa pengarah J.J. Abrams bersama dengan syarikatnya sendiri, Bad Company, baru-baru ini menandatangani perjanjian dengan Warner Bros.

Dia dilaporkan telah berbincang dengan studio untuk membuat filem solo baru untuk Superman dengan Michael B. Jordan sebagai watak utama. Tetapi nampaknya peluang Jordan sangat tipis untuk mengambil peranan itu, memandangkan jadualnya agak ketat.

Di sebalik khabar angin ini, menurut laporan dari Indiewire, Henry Cavill yang dikenali dengan watak superman dalam filem-filem “Batman v Superman: Dawn of Justice”, “Man of Steel”, dan “Justice League” mendakwa bahawa dia tidak berhasrat untuk berhenti menjadi superhero. Malah Henry memastikan bahawa dia tidak akan memberikan watak Superman itu kepada mana-mana pelakon.

“Saya tidak akan meninggalkan watak ini kepada sesiapa sahaja,” kata pelakon itu. “Saya masih mahu berkarya sebagai Superman. Masih terdapat banyak perkara yang saya tidak dapat memaksimumkan, saya mahu merefleksikan Superman seperti dalam komiknya,” tegasnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara