Australia menjadi perhatian dunia apabila dilanda bencana kebakaran yang berlaku hampir sebulan lamanya. Seramai 2,700 anggota bomba telah dikerahkan bagi memadam kebakaran tersebut yang mengakibatkan tiga daripada mereka terbunuh selain ratusan ribu haiwan turut mati.
Bintang Porno Nyatakan Sokongan
Bagi menyatakan sokongan dan bantuan bagi kejadian tersebut, dua bintang porno terkenal Kaylen Ward dan Riley Reid berjanji akan menghantar gambar dan video lucah mereka buat setiap penderma yang memberikan sumbangan bencana itu.
Bagi Kaylen atau turut dikenali sebagai “The Naked Philanthropist” telah menyatakan akan memberi bahan lucah itu sebaik sahaja mereka memberi bukti bayaran sumbangan menerusi kiriman mesej peribadi (DM).
Sehingga 6 Januari lalu, Kaylen berjaya mengutip sebanyak $300 ribu dari penderma seluruh dunia.
“Saya akan hantar gambar lucah kepada setiap orang yang menderma sekurang-kurangnya $10 kepada mana-mana badan kebajikan. Setiap $10 yang anda sumbangkan akan mendapat satu gambar lucah dari saya menerusi DM. Anda mesti menghantar bukti yang anda telah sumbangkan. Mohon RT #AustraliaOnFire #AustraliaFires”
Harap Pengikut Berkongsi Idea Kesedaran
Selepas Kaylen mencetuskan idea tersebut, Riley turut menyatakan perkara yang sama. Akui turut terkesan dengan bencana tersebut, Riley berkata dia akan menghantar gambar mahupun video atau kedua-duanya sekali buat setiap penderma.
Malah dia turut mengharapkan agar pengikutnya di laman Twitter dapat membantu berkongsi mengenai kesedaran tersebut dan membuat sumbangan buat mereka yang memerlukannya. Dalam tweet tersebut, Riley turut meninggalkan e-mail nya bagi memudahkan setiap penyumbang memberi bukti sumbangan mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.