Sebelum ini ramai yang sedia maklum bahawa penyanyi antarabangsa popular, Rihanna telah menjalinkan hubungan cinta dengan Hassan Jameel yang merupakan seorang jutawan Arab Saudi.

Sudah Berpisah 

Selepas hampir tiga tahun menyulam cinta bersama lelaki kacak itu, pasangan ini dilaporkan sudah berpisah dan tidak lagi menghubungi antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu. Menerusi laporan antarabangsa, hubungan cinta yang terjalin sejak Jun 2017 terlerai begitu sahaja dan masih tidak diketahui puncanya apatah lagi terlalu berahsia mengenai hubungan mereka.

Terdahulu, Rihanna pernah memberi kenyataan bahawa dia sememangnya bersedia menjadi isteri kepada jutawan itu dan sering kali meluangkan masa bercuti bersama keluarga teman lelakinya. Malah mereka juga sering kali bertemu di United Kingdom bagi meluangkan masa bersama.

Paling Kaya Di Arab Saudi 

Sebagai info, keluarga Hassan iaitu keluarga Abdul Latiff Jameel merupakan merupakan antara yang paling kaya di Arab Saudi.Hassan sendiri merupakan Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi operasi perniagaan bersama keluarga Abdul Latif Jameel dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company, yang mempunyai hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi dan negara-negara lain.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry