Sidang media tergempar yang diadakan Selasa lalu bertukar menjadi hiba apabila sebuah rakaman liputan mengenai tragedi kebakaran yang meragut nyawa dua anak usahawan terkenal, Dato Seri Vida (DSV) ditayangkan sekali lagi.

Bukan Mati Rentung! 

Tayangan semula yang ditunjukkan kepada para media yang hadir adalah bertujuan bagi memberitahu bahawa anak-anak usahawan itu sebenarnya meninggal dunia akibat lemas berpunca daripada asap kebakaran rumah mereka dan bukanlah dalam keadaan mengaibkan (rentung) seperti yang didakwa oleh selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Cik B Sebak 

Dalam sidang media tersebut, bukan sahaja DSV mengalirkan air mata malah anak perempuan kesayangannya Cik B juga gagal menahan perasaan sehingga terpaksa berpaling daripada menonton sedutan video tersebut.

IKLAN

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen bin Muhammad Amin,15 ketika ditemui Murai.my berkata dia sebenarnya sebak kerana terlalu rindukan kedua-dua arwah abangnya.

“Saya rindu abang-abang saya. Saya tak boleh tengok tengok video itu nanti saya sedih”

Ketika ditanya apakah perasaanya selepas diselar oleh Diva AA yang beranggapan tindakannya seperti ‘sudu lebih dari kuah’, jelas Cik B dia berbuat demikian kerana ingin mempertahankan serta menjaga nama baik ibunya setelah dihina oleh selebriti itu. Tegasnya lagi, sebagai seorang anak sudah tentu tanggungjawab menjaga keluarga itu kini harus digalas olehnya apatah lagi bakal mewarisi segala perniagaan DSV kelak.

“Saya tak over pun. Saya tak cakap apa-apa pun pada dia (Diva AA) cuma sekadar kongsi nasihat dan tak sangka pula dia terasa”

“Kalau nak bergurau boleh, tapi kalau dah sampai menyakiti hati orang lain perlulah minta maaf. Jangan sampai terlalu melebih dalam bergurau, cukuplah biasa sahaja apatah lagi bersama rakan-rakan. Buat mereka yang sering memberi kecaman, berhentilah berbuat demikian kerana tindakan sedemikian sememangnya tidak baik.

Tetapi takmengapa,kecaman yang saya terima itu semoga ianya berbalik mendapat pahala” katanya.

Terdahulu, dalam sidang media tersebut DSV bertegas dengan pendiriannya untuk meneruskan saman terhadap Diva AA.Difahamkan tuntutan saman akan dinyatakan oleh peguam DSV pada minggu ini.