Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ammar Alfian Menang Saman Lebih RM500k Di Atas Kes Penipuan

by Phic ARMAN
February 27, 2020
826
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika namanya menjadi sebutan dan difitnah gara-gara video lucah mirip wajahnya, pelakon Ammar Alfian akhirnya menarik nafas lega selepas dia menang dalam kes saman Guardian Fitness Sdn. Bhd. hari ini. Ammar menang lebih RM500,000 ringgit dalam tuntutan penipuan dan salah nyata terhadap syarikat tersebut.

Kenyataan media ini telah dikeluarkan oleh peguambela, NHA Advocates & Solicitors sebentar tadi kepada Murai Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, Hakim Mahkamah Sesyen Puan Zuhrina Mohamed Nor telah memasukkan penghakiman ingkar terhadap defendan pada Isnin, Februari 24, 2020. Guardian Fitness diperintahkan membayar lebih dari setengah juta ringgit ganti rugi berserta faedah dan kos mahkamah kepada Ammar.

https://www.instagram.com/p/B54d4-fhZfC/

Pelakon tersebut menyaman Guardian Fitness Sdn. Bhd. untuk lebih dari setengah juta ringgit kerana pelakon tersebut percaya bahawa dia telah dipelawa untuk melabur lebih RM400,000.00 dalam perniagaan defendan sebagai balasan untuk ekuiti saham 30% peratus.

Beliau memeterai perjanjian perniagaan tersebut pada tahun 2016 melalui pelawaan oleh defendan kedua, yang juga merupakan salah seorang pengarah Guardian Fitness Sdn Bhd. Ammar percaya bahawa syarikat itu telah membuat penyata untung dan rugi yang dipercayai tidak benar supaya beliau melabur  ke dalam syarikat tersebut.

30% ekuiti saham yang dibayar oleh pelakon itu adalah untuk pegangan minoriti dari gimnasium Anytime Fitness berkeluasan 8000 kaki persegi yang terletak di tingkat 2 di Menara Hap Seng 2, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.

“Kami sangat gembira kerana klien kami, Ammar Alfian mendapat keadilan yang dikehendakinya,” kata Nurul Hafidzah Hassan Rakan Kongsi Utama firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang turut mewakili artis Linda Rafar dalam kes tuntutan fitnah dalam taliannya dan juga ahli politik Maria Chin Abdullah bagi kes penghinaan terhadap mahkamah Syariah beliau. Beliau dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli.

Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan WhatsApp, Mahunya Mati Dalam Kematian Menyakitkan?
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
ammar alfianammar alfian kes mahkamahammar alfian menang samanammar alfian penipuanGuardian Fitness Sdn. BhdNHA Advocates & SolicitorsNurul Hafidzah Hassan
https://lomp.at/jqmhr
Share604Tweet93SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem