• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

5 Petua Memilih Ikan Yang Segar di Pasar

by Jash Lee
April 2, 2020
Share on Facebook

Umum mengetahui ikan merupakan sumber protein yang mengandungi jumlah nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh. Kandungan gizi yang tinggi didalamnya akan mudah membuatkan ia cepat rosak dan busuk.

Justeru, jika anda ingin menyediakan hidangan yang sihat dan lazat buat seisi keluarga, perkara utama yang harus diketahui adalah dengan memilih ikan yang segar dan berkualiti. Berikut adalah beberapa tip yang perlu diberi perhatian ketika ingin membeli ikan di pasaraya atau kedai runcit.

Via Sinarharian

MATA IKAN

Mata ikan yang masih segar akan kelihatan hampir sama seperti ikan tersebut masih hidup. Antara ciri yang menunjukkan ikan itu segar adalah matanya yang jernih, cembung dan menonjol.

Jika kita mendapati ikan yang berkeadaan mata yang layu, berwarna kelabu atau merah yang diselaputi lendir, elakkan daripada membelinya. Ini dikhuatiri ikan tersebut sudah busuk dan boleh menjejaskan hidangan yang bakal dimasak.

INSANG

Rata-rata suri rumah yang sudah biasa membeli ikan akan menggunakan tip ini untuk memilih sumber ikan yang terbaik. Insang yang kelihatan segar atau berwarna merah tua, cerah atau terang dan tidak berbau. Manakala insang yang berbau busuk, berlendir dan berwarna pucat adalah ciri ikan yang tidak segar.

KULIT DAN SISIK

Ikan yang segar juga dapat diketahui dengan melihat keadaan sisik ikan tersebut. Lazimnya, sisik yang masih melekat kuat dan berkilat boleh dikategorikan sebagai ikan yang segar. Sementara kulit yang masih belum pudar juga menjadi petunjuk kesegaran ikan.

KESAN LUKA

Organisma kecil atau parasit akan lebih suka hinggap pada ikan yang mempunyai luka. Ada baiknya kita memilih badan ikan yang masih terasa keras dan tidak mempunyai kesan luka yang banyak dan berlendir. Pastikan juga kulit dan isi ikan tidak mudah terkoyak terutamanya dibahagian perut.

BAU IKAN

Kesegaran ikan boleh ditentukan melalui baunya. Ikan yang segar masih mempunyai bau laut manakala ikan lama akan berbau hanyir dan busuk yang sangat kuat.

CARA PENYIMPANAN IKAN

  1. Balut ikan dengan menggunakan pembungkus plastik dan disimpan di dalam peti sejuk sebaik sahaja membelinya.
  2. Jika ingin menyimpan ikan di dalam bahagian beku, pastikan ia tidak disimpan lebih daripada 6 bulan.
  3. Untuk mencairkan ikan yang sudah beku, cukup hanya dengan meletakkan ikan pada suhu dingin.
  4. Elakkan mendinginkan ikan yang sudah pernah dinyah bekukan.

Ikan mempunyai khasiat yang banyak antaranya adalah;

  • Kandungan Omega 3 yang ada di dalam ikan terbukti baik untuk kesihatan jantung, arteri dan vena yang membentuk sistem kardiovaskular. Pengambilan ikan juga akan membantu mencegah penyakit jantung dan juga pembekuan darah.
  • Minyak ikan akan membantu mengurangkan pengumpulan lemak secara keseluruhan. Pengambilan minyak ikan yang diikuti dengan aktiviti bersukan dipercayai amat efektif untuk menurunkan lebih banyak lemak didalam badan.
  • Omega 3 yang terdapat pada ikan terbukti mampu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kolon dan prostat. Suplemen minyak ikan juga dapat membantu pesakit yang menderita hiperlipidemia.
  • Ikan juga baik untuk perkembangan otak. Menikmati ikan dalam jumlah yang mencukupi berupaya meningkatkan tumpuan dikalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia juga amat berkesan untuk meningkatkan memori.

Jadi selepas ini tidak akan ada masalah lagi untuk memilih ikan yang segar dengan penuh yakin. Jangan rasa segan untuk membelek keseluruhan badan ikan dan bau ikan ketika membeli. Selamat Mencuba!

#tipkesihatan #tipmemilihikansegar #khasiatikan
https://lomp.at/lsqr2
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Foto - Yahoo! News
Kesihatan

Surah, Doa & Zikir Pilihan Bila Anak Susah Tidur, Yang Dewasa Pun Boleh Cuba!

by Soph Azz
December 21, 2022

Anak kerap meragam dan merengek sampaikan nak tidur pun susah, terutamanya pada waktu malam? Sebagai ibu bapa, apa yang kita...

Read moreDetails
Kesihatan

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

by Phic ARMAN
November 6, 2020

Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore