Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Tuala Kertas Lebih Berkesan Dari Topeng Pembedahan! Ini Hasil Kajian Professor Di Jepun

by Aphit J.
April 12, 2020
Young woman shows self-made mask to protect against virus and bacteria

Young woman shows self-made mask to protect against virus and bacteria

Share on Facebook

Sejak pandemik Corona tercetus, kita telah melihat pelbagai versi topeng muka yang digunakan untuk melindungi diri daripada virus. Tetapi dalam banyak-banyak topeng muka, yang manakah paling berkesan?

Untuk mengetahui, profesor kimia di Jepun membandingkan tiga jenis topeng muka dalam eksperimen sains merangkumi topeng pembedahan, topeng tuala kertas buatan sendiri dan topeng kain buatan sendiri.

Topeng tuala kertas
Topeng kain buatan sendiri.

Menurut Asia One, Dr Tomoaki Okuda, seorang profesor kimia di Keio University, mengukur sejauh mana tiga topeng ini boleh menyekat zarah udara menggunakan Scanning Mobility Particle Sizer (SMPS).

SMPS Berfungsi Sebagai Hidung Dan Mulut

via Japanese Chemistry

Sebagai analogi, Dr Tomoaki menggunakan SMPS sebagai ganti kepada mulut dan hidung di mana terdapat hos untuk menyedut udara di dalam bilik dan mengukur kepekatan zarah setiap sentimeter padu.

Dia membungkus tiga jenis topeng di sekeliling pembukaan hos dan mengukur bilangan zarah udara yang dapat melepasi setiap topeng itu.

Topeng Pembedahan

via Asia One

Dengan topeng pembedahan yang dibeli di kedai, SMPS mengukur zarah yang melalui topeng sekitar 1,800 untuk setiap sentimeter padu udara.

Menurut Asia One, hasil dari ujikaji ini menunjukkan bahawa topeng pembedahan mempunyai kecekapan pengumpulan zarah virus sekitar 70 peratus dan kadar penyumbatan yang tinggi untuk zarah yang bersaiz virus.

Topeng Tuala Kertas

via Asia One

Dengan menggunakan tiga tuala kertas yang dilipat separuh, Okuda di laman YouTube menguji enam lapisan tuala kertas sebagai ganti kepada topeng muka. SMPS mengukur sekitar 1,000 zarah bagi setiap sentimeter padu udara.

Dengan kecekapan pengumpulan kira-kira 80 peratus zarah, topeng tuala kertas kelihatan lebih berkesan dalam menghalang zarah yang bersaiz virus berbanding topeng pembedahan.

Topeng Kain

via Asia One

Topeng kain yang diperbuat daripada sapu tangan dilipat tiga kali bagi menghasilkan keputusan yang hampir sama dengan topeng pembedahan.

SMPS mengukur sekitar 1,800 zarah bagi setiap sentimeter padu udara dengan kecekapan pengumpulan sekitar 70 peratus untuk zarah yang bersaiz virus.

Tanpa Topeng Muka

via Asia One

Di samping itu, menurut Asia One, Dr Okuda menguji hos tanpa menutup dengan sebarang topeng dan SMPS mengukur sekitar 6,000 zarah setiap sentimeter padu udara di dalam bilik yang berukuran antara 10 dan 150 nanometer.

Jadi apa maksudnya? Sekiranya kita dekat dengan orang yang dijangkiti, terdapat banyak zarah virus yang akan memasuki pernafasan kita.

Melihat hasilnya, memakai topeng kelihatan dapat mengurangkan peluang untuk dijangkiti virus. Bagaimanapun, tanpa menghiraukan topeng mana yang paling berkesan, yang paling penting adalah menjaga penjagaan kebersihan yang baik dan memakai topeng dengan betul.

jenis topengmasksurgical masktipkesihatantopeng berkesantopeng mukatopeng pembedahantuala kertas
https://lomp.at/hbs5n
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara