Siapa sangka, pelakon Julia Ziegler bakal menerima seorang lagi kehadiran orang baharu dalam keluarganya selepas dia mengumumkan khabar gembira itu di laman Instagram nya.

Hamil 7 Bulan 

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegle mengumumkan dirinya kini sebenarnya sedang hamil tujuh bulan dan dijangka akan melahirkan anak kedua nya itu sekitar Jun 2020.

IKLAN

“Hello #JJbaby2 #30weekspregnant #lovestoryjuliajohan #ivanagonnabeabigsister,” tulisnya

Dibanjiri Dengan Ucapan Tahniah 

Rata-rata rakan artis dan peminat turut membanjiri ruangan komen pelakon itu dengan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan keluarganya selepas Julia memuat naik foto imbasan ultrasound.

Pada 14 Januari tahun lalu, Julia yang mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal bernama Johan pada 1 Januari 2017 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ivana Johan.