Di laman Twitter, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir mencuri perhatian warga net apabila mendedahkan maksud sebenar disebalik bait-bait lirik lagu Dirgahayu yang juga merupakan duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Inspirasi Kisah Sahabat Nabi Muhammad S.A.W
Mula diperdengarkan sekitar tahun 2017, menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir,42 lagu Dirgahayu sememangnya mempunyai makna tersendiri kerana ianya diinspirasikan daripada kisah Nabi Muhammad S.A.W. Dedah Faizal, lagu tersebut berkisahkan tentang sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Hanzalah yang mati syahid dalam perang Uhud.
Lagu ini adalah inspirasi dari kisah Hanzalah, sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mati syahid dalam perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.
Nabi tak bg dia datang supaya Hanzalah dpt bersama isterinya. Tapi dia datang jugak. Malaikat mandikan jenazah dia. Allahuakbar. https://t.co/1RKV9AeM1x
— Faizal Tahir (@faizal_tahir) April 27, 2020
Perkongsian itu dibuat Faizal setelah seorang pengguna berkongsi mengenai situasi buat pasangan yang telah merancang perkahwinan sebelum ini namun terpaksa ditangguhkan ataupun dilaksanakan nikah secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa minggu yang lalu.
Tidak Sangka Maksud Lagu Dirgahayu
Rata-rata warganet turut terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Faizal kerana tidak mengetahui maksud sebenar lagu tersebut selama ini.
Sebagai info, Dirgahayu yang merupakan nukilan Faizal sendiri pernah memenangi duo/kumpulan terbaik bersama Datuk Seri Nurhaliza di dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2017. Sehingga kini video muzik lagu berkenaan telah ditonton oleh lebih dari 10 juta penonton di laman YouTube
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.