Penyanyi antarabangsa popular,Taylor Swift dikhabarkan sempat menjual sebuah jet peribadinya beberapa hari sebelum Amerika Syarikat mengumumkan perintah berkurung di negara itu dilaksanakan serta merta.

Jual Dassault Falcon 50 

Menurut laporan media antarabangsa, pelantun The Man ini telah jet Dassault Falcon 50 miliknya pada April lalu. Difahamkan jet tersebut merupakan salah satu daripada dua jet peribadi yang dimiliki oleh Swift dan harga penjualan jet itu tidak diketahui secara rasmi.

Nilai Cecah RM10.3 Juta

Biarpun begitu, jet tersebut dipercayai bernilai antara $1 juta (RM4.3 juta) hingga $6 juta (RM10.3 juta). Sebagai info, sebuah lagi lagi jet peribadi Swift Dassault Falcon 900 mempunyai dua kali ganda lebih besar berbanding jet yang baru dijualnya.

Mempunyai kapasiti 18 tempat duduk penumpang dalam satu masa, angka 13 turut tertera pada bahagian hadapan pesawat yang merupakan nombor bertuah serta tarikh lahir Swift.

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry