Sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia. Penyanyi tempatan yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Mat Zara’ai, atau lebih dikenali sebagai Yuna berkongsi berita gembira kepada peminatnya. Wajah Yuna dipaparkan di sebuah papan iklan elektronik di sekitat New York City hari ini.
Berita baik itu telah dimumkan oleh Yuna menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
https://www.instagram.com/p/CAE9edbhXmt/
Wajahnya terpapar di Billboard bersempena meraikan Asian American & Pacific Islander Heritage Month With Spotify.
Difahamkam, Billboard di New York sememangnya diketahui sebagai papan iklan elektronik yang termahal dan bukan mudah untuk mendapat paparan di situ.
Hanya jenama popular dan barisan nama terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di billboard tersebut. Di ruangan komen, rata-rata peminat Yuna tidak melepaskan peluang untuk melahirkan rasa kagum mereka terhadap penyanyi itu. Selebriti dari Indonesia, Afgan turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi berasal dari Alor Setar ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.