Dengan hati yang berat, bintang popular dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengumumkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, Engku Emran.
Kedua-duanya nekad untuk berpisah dengan cara yang baik setelah gagal memelihara rumah tangga yang hanya bertahan dua tahun.
“Kami telah melakukan pelbagai usaha, dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini,” kata wanita yang sering dipanggil Bella itu kepada InsertLive.
“Dan kami telah melalui semua proses, dan sekarang semuanya selesai,” sambungnya.
Setelah keputusan yang diambil oleh pasangan ini, orang ramai juga sedih dan menyesali keputusan tersebut. Ini kerana rumah tangga Bella dan Emran hanya bertahan begitu sekejap. Para peminat juga dilihat memberi sokongan kepada Bella melalui akaun Instagram InsertLive.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.