Memotong bawang kadangkala menjadi agak mencabar kerana ianya akan menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Menurut halaman Rasa, ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Merendam Di Dalam Air Ais
Merendam bawang di dalam air ais dapat mengurangkan pengeluaran bahan kimia semasa memotong. Caranya adalah membuang bahagian lapisan luar bawang, basuh dan rendamlah di dalam air yang berisi air. Setelah itu potong mengikut cara yang anda kehendaki.
Meletakkan Di Dalam Peti Ais
Menurut halaman Rasa, konsep meletakkan bawang di dalam peti ais adalah sama seperti merendam di dalam air ais. Caranya adalah meletakkan bawang yang belum dikupas di dalam peti ais untuk seketika dan kemudian hiris seperti biasa.
Menggunakan Pisau Yang Tajam
Penggunaan pisau yang tajam dapat membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia semasa memotong bawang. Jika dibandingkan dengan pisau tumpul, penghasilan bahan kimia menggunakan pisau tumpul lebih banyak daripada pisau yang tajam dan ini sekaligus menyebabkan mata anda lebih pedih.
Memotong Bahagian Atas Bawang
Bagi yang tidak mahu merendam atau menyejukkan bawang, cara ini boleh anda amalkan. Menurut The Nation Onion Association menerusi halaman Rasa, memotong bawang di bahagian atas sebelum mengupasnya dapat mengurangkan kepedihan mata yang menyebabkan mata berair.
Elakkan Memotong Akar Bawang
Selain memotong di bahagian atas terlebih dahulu, perkara yang perlu di elakkan semasa memotong bawang adalah memotong bahagian akar bawang. Memotong akar bawang akan menyebabkan penghasilan bahan kimia yang lebih cepat dan ini sekaligus menyebabkan mata cepat pedih.
Diharapkan tip ini berguna untuk anda yang seringkali mengalami masalah mata pedih dan berair ketika memotong bawang. Jom amalkan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.