Aktor Bollywood terkenal, Sanjay Dutt disahkan menghidap barah paru-paru tahap empat. Malah pelakon veteran itu terpaksa terbang ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan perubatan susulan. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu dia baru sahaja keluar dari hospital Lilavati, Mumbai.
Beberapa selebriti Bollywood mula menunjukkan kerisauan terhadap bintang filem Sanju itu. Sebabnya, Sanjay Dutt adalah pelakon senior yang aktif dari tahun 1981 hingga sekarang.
Menurut laporan dari Hindustan Times, Sanjay mengalami sesak nafas pada hari Sabtu, 8 Ogos 2020 dan dikejarkan ke hospital. Pihak perubatan awalnya berpendapat bahawa pelakon berusia 61 tahun itu mungkin dijangkiti virus korona (COVID-19) dan ketika diuji hasilnya menunjukkan tanda negatif.
Setelah mengetahui bahawa dia menghidap barah paru-paru, Sanjay akhirnya keluar dari Hospital pada hari Isnin. Namun, dia akan kembali menjalani rawatan di Amerika dalam masa terdekat.
Tidak mahu peminat rasa bimbang, Sanjay Dutt akhirnya menulis tweet pada hari Selasa, 11 Ogos 2020. Dia meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan tidak membuat spekulasi. Ingin menumpukan perhatian pada kesihatan, Sanjay menjelaskan bahawa dia memutuskan untuk bercuti dari industri hiburan.
🙏🏻 pic.twitter.com/tinDb6BxcL
— Sanjay Dutt (@duttsanjay) August 11, 2020
“Hai kawan-kawan, saya berehat dari kerja untuk mendapatkan rawatan perubatan. Keluarga, rakan dan peminat saya menggesa anda semua untuk tidak risau atau tidak membuat spekulasi. Dengan cinta dan harapan baik anda, saya akan segera kembali, ”tulis Sanjay.
Di India ramai terkejut mendengar penyakit Sanjay Dutt. Ramai di antara mereka meluahkan rasa sedih mereka di media sosial. Walaubagaimanapun, Sanjay Dutt akan tetap berada di layar untuk filem KGF: Chapter 2Â yang akan dirilis pada bulan Oktober. Malah beberapa filem Sanjay Dutt bersama Ranbir Kapoor berjudul Shamshera akan dikeluarkan tahun ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.