Tidak dinafikan filem Aquaman antara filem DC yang begitu berjaya mendapat sambutan apatah lagi muncul debut selepas membuat penampilannya di dalam filem Justice League.
James Wan Beri Petunjuk
Terbaru, pengarah filem adiwira tersebut iaitu James Wan telah memberi beberapa petunjuk mengenai sekual filem itu yang dijangka akan tayangannya pada penghujung tahun 2022. Seperti yang umum ketahui, James Wan sememangnya begitu dikenali dalam penghasilan filem-filem seram yang cukup terkenal.
Bakal Kembangkan Jalan Cerita Puak Trench
Bagi Aquaman 2 pula, pengarah kelahiran Sarawak ini tidak menolak spekulasi peminat mengenai penambahan elemen seram kelak. Malah menurutnya, dia akan mengembangkan sedikit lagi jalan cerita mengenai puak ‘Trench’ yang tinggal di laut dalam sekaligus membuatkan penonton berasa cemas.
“Saya akan katakan Ya. Sama seperti filem pertama yang mana saya ada letakkan sedikit elemen seram di dalanmnya, mengenai sekual dan kesinambungan Trench, saya boleh katakan ada perkembangan mengenai kelaknya.
Saya memikirkan ianya merupakan sesuatu yang mengenai siapa saya di dalam filem-filem yang pernah diterbitkan. Terutamanya mengena Aquaman, filem yang menceritakan mengenai kehidupan di dalam laut dalam yang semestinya menjadi sesuatu yang sangat menakutkan. Jadi semestinya saya akan letakkan sedikit elemen seram di dalam filem ini” katanya menerusi sebuah petikan antarabangsa.
Dalam perkembangan lain, filem sekual adiwira Marvel iaitu Dr Strange yang diberi judul Doctor Strange in the Multiverse of Madness juga dikhabarkan bakal mempunyai elemen seramnya tersendiri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.