Sebentar tadi, single terbaharu yang juga duet kumpulan Blackpink bersama penyanyi antarabangsa popular iaitu Selena Gomez berjudul Ice Cream telah dimuatnaik dan diperdengarkan kepada peminat mereka di seluruh dunia. Dijangka lagu ini bakal mencatat rekod terbaharu mereka. Sebuah hashtag khas #Selpink turut diwujudkan mengenai kolaborasi Blackpink bersama Selena.

Temubual Blackpink Mengenai Kolaborasi ‘Ice Cream’

Bercakap mengenai kolaborasi tersebut, Blackpink yang dianggotai oleh Lisa,Jennie, Rose dan Jisoo itu begitu teruja dapat menghasilkan single ini apatah lagi berduet dengan Selena yang merupakan penyanyi kegemaran mereka. Berikut Murai.my tampilkan temubual penuh Blackpink mengenai Ice Cream seperti yang dipetik menerusi News Raver.com.

1Pertemuan Blackpink dan Selena Gomez sudah dijangka di seluruh dunia. Apakah perasaan anda mengenai pelancaran lagu ini? 

Lagu yang kami begitu bekerja keras untuk jangka masa yang agak lama akhirnya diperdengarkan buat dunia. Ianya begitu istimewa kerana kami lakukannya bersama Selena Gomez. Kami begitu gembira untuk bertemu semula dengan peminat bersama lagu yang rancak dan teruja.

2Bagaimanakah kolaborasi bersama Selena Gomez?

Kesemua ahli kumpulan kami merupakan peminat Selena Gomez. Biarpun kami tidak dapat bertemu dan bekerja dengannya secara berhadapan, namun kami dapat rasakan auranya setiap kali berkomunikasi dengan Selena untuk beberapa kali. Kami rasakan dia adalah seorang yang ‘cool’ apatah lagi ketika melihat dia berkongsi pandangannya dengan orang lain secara begitu rendah diri dan mudah. Kami juga begitu gembira apabila dia menyatakan bahawa dia juga meminat kami. Selain itu, kami juga berpuas hati dengan hasil kerja muzik ini bersama-sama dengannya.

IKLAN

3Apakah tanggapan pertama anda mengenai ‘Ice-Cream’?

Ketika pertama kali mendengar melodinya, kami dapatkan rasakan mulut kami penuh dengan kemanisan. Buat mereka yang merasakan panas akibat cuaca panas ketika ini mungkin boleh dapatkan sedikit kesegaran dengan mendengar lagu ini. Kami harapkan kekuatan dan perasaan teruja kami mengenai lagu ini dapat disampaikan dengan baik buat mereka yang bakal mendengarnya.

4Apakah mesej anda kali ini? 

Ianya sentiasa menyeronokkan untuk mencuba sesuatu yang baru. ‘Ice cream’ ingin memberi mesej  yang penyayang dan menyegarkan berbeza dengan single kami sebelum ini, ‘How You Like That’ pada Jun lalu. Lagu ini seperti aiskrim yang sedang cair ketika di musim panas. Jadi sila dengarkan lagu ini.

5Apakah mesej utama video muzik ‘Ice Cream’? 

Sebuah set yang dipenuhi warna pastel dan kelengkapan props mengingatkan anda akan pada kemanisan aiskrim. Segala persediaan termasuklah pakaian seiring dengan muzik lagu ini. Pendapat kami boleh dilihat menerusi idea yang ingin disampaikan.

6Akhir sekali, katakan sesuatu pada peminat anda. 

Terima kasih kepada peminat di seluruh dunia. Kami begitu teruja untuk beraksi bersama Selena Gomez di atas pentas yang sama, yang mana kami dapat melihat wajahnya di hadapan mata.Tidak lagi akan ada sebuah perjumpaan, kami mengharapkan orang ramai akan mendengar ‘Ice Cream’ dengan hati yang sihat dan gembira . Harap dapat berjumpa lagi!

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry