Saif Ali Khan marah dengan anak perempuannya, Sara Ali Khan, yang disyaki terlibat dalam kes dadah. Anak tiri Kareena Kapoor itu disebut oleh Rhea Chakraborty sebagai salah seorang selebriti Bollywood yang mengambil dadah bersama mendiang Sushant Singh Rajput.
Sara disoal oleh Biro Pengawalan Narkotik (NCB) pada akhir minggu lalu dan menafikan dia telah mengambil barang haram itu. Namun, Saif dan Kareena Kapoor dilaporkan seperti kurang senang di atas dakwaan terhadap Sara.
Sara dikatakan telah menyebabkan keluarganya menghadapi masalah yang memalukan. Saif akhirnya marah kepada bekas isterinya Amrita Singh dan Sara kerana nama Saif juga dilihat buruk oleh orang ramai.
Dilaporkan dari The Times Of India pada hari Rabu, 30 September 2020, Saif telah memutuskan untuk tidak memberikan sokongan kepada Sara dan ingin menjauhkan dirinya dan keluarganya dari disoal media. Oleh hal demikian, untuk sementara waktu Saif membawa Kareena Kapoor dan Taimur Ali Khan berpindah dari Mumbai ke Delhi.
Sementara itu, ibu Sara, Amrita dan neneknya iaitu aktres legenda Sharmila Tagore, berusaha menjernihkan keadaan itu dengan sedaya upaya. Dikatakan bahawa kekecewaan Saif terhadap anak perempuannya tidak akan membantu Sara dalam kes dadah. Dia lebih utamakan menemani Kareena Kapoor untuk penggambaran filem terbaru berjudul Laal Singh Chaddha.
Terdahulu, Sara menafikan mengambil dadah tetapi mengakui ada hubungan rapat dengan Sushant. Pelakon berusia 25 tahun itu mengatakan bahawa dia telah menemani Sushant ke ladang Lonavla beberapa kali dan juga pernah bersamanya semasa melancong ke Thailand.
[SUMBER The Times Of India]
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.