Sebelum ini, aktres jelita dari Bollywood, Katrina Kaif pernah menunjukkan tatu yang dipakai di lengannya. Sebenarnya, bekas kekasih Salman Khan ini disebut sebagai Muslim yang taat pada agama. Seperti yang diketahui bahawa tatu dalam Islam adalah dilarang dan haram.
Para peminat Bollywood mesti ramai yang tak tahu, bukan Katrina sahaja, ramai lagi selebriti Bollywood Muslim juga membuat tatu di tubuh mereka. Ada sebilangan mereka yang haru mendengar kecaman dan teguran dari peminat.
Saif Ali Khan
Saif Ali Khan mengahwini wanita dengan perbezaan agama iaitu Kareena Kapoor pada tahun 2012. Walaupun Saif diketahui beragama Islam, namun dia pernah membuat tatu di lengannya yang bertuliskan nama Kareena Kapoor dalam tulisan Devanagari. Difahamkan tatu di lengannya itu sudah dibuat sebelum berkahwin dengan Kareena.
Suzanne Khan
Bekas isteri Hrithik Roshan iaitu Suzanne Khan dilihat mempunyai tatu di lengannya. Diketahui Suzanne beragama Islam, dan tatu berbentuk bintang itu dibuat bersama Hrithik tanda mereka sedang berpasangan. Walaubagaimanapun, mereka berdua bercerai pada tahun 2014.
Ira Khan
Ira Khan, anak kepada aktor terkenal Aamir Khan juga mempunyai tatu walaupun beragama Islam. Malah Ira pernah bercadang ingin menjadi tukang tatu sebagai pekerjaan alternatif pada masa depan. Dalam sebuah posting yang di muat naik di Instagram pada Selasa, 6 Oktober 2020, Ira membuat tatu di lengannya dan hal itu telah membuatkan ramai pengikutnya memberi kecaman dan teguran.
Alia Bhatt
Aktres Alia Bhatt menganut agama Islam kerana ayahnya, Mahesh Bhatt. Walaupun begitu, dia juga mempunyai tatu di bahagian belakang lehernya dengan tulisan ‘Pataka’ dalam skrip Devanagari. Bintang muda itu sering memaparkan tatu di khalayak ramai dan kelihatan bangga memilikinya.
Adaa Khan
Adaa Khan adalah bintang TV yang menganut agama Islam. Namun, dia mempunyai tatu di tangannya yang bertuliskan perkataan ‘Maa’. Adaa mengatakan bahawa dia mendedikasikan tatu itu kepada ibunya dan berharap agar Tuhan mengampuni perbuatannya itu.
“Ya, dalam Islam adalah haram untuk membuat tatu dan oleh itu ahli keluargaku tersinggung. Tetapi ia adalah keputusan emosional bagiku. Aku yakin Tuhan akan faham. Aku harap Dia akan mengampuni kerana itu adalah ungkapan cintaku kepada ibu. “kata Adaa yang dipetik dari Times of India.
Katrina Kaif
Semasa bercinta dengan Ranbir Kapoor, Katrina Kaif juga mendapat tatu di pergelangan tangannya dengan tulisan ‘RK’. Dilaporkan oleh Bollywood Life, Katrina melakukan ini kerana dia sedang jatuh cinta. Namun, hubungan mereka putus pada tahun 2016 dan tidak diketahui sama ada Katrina hapuskan tatu itu atau tidak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.