Pasangan ikonik terkenal di dalam dunia Bollywood Shah Rukh Khan dan Kajol akan dibuatkan sebuah patung. Patung itu akan didirikan di Leicester Square, London.
Patung Shah Rukh Khan dan Kajol dibuat untuk meraikan perayaan istimewa, iaitu ulang tahun ke-25 filem yang mereka mainkan, berjudul Dilwale Dulhania Le Jayenge. Filem ini sendiri telahpun berusia 25 tahun pada 20 Oktober 2020.
Hingga hari ini, Dilwale Dulhania Le Jayenge masih ditayangkan di pawagam di India. Filem yang diarahkan oleh Aditya Chopra ini pernah mencatat rekod sebagai filem India paling lama ditayangkan di negara tersebut.
Patung Shah Rukh Khan dan Kajol akan dibuat sebagai penghormatan khas kepada watak-watak yang mereka mainkan dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Dalam filem itu, Shah Rukh Khan memegang watak sebagai Raj dan Kajol pula sebagai Simran. Patung ini kemudian akan menunjukkan adegan Raj dan Simran dalam filem itu.
Patung Shah Rukh Khan dan Kajol akan menambah koleksi patung Scenes in the Square Sebelumnya terdapat patung Harry Potter, Laurel & Hardy, Gene Kelly dari Singin ‘in the Rain (1952), dan Wonder Woman. Sementara itu, perasmian patung ini akan dilakukan pada tahun 2021 dengan menjemput Shah Rukh Khan dan Kajol.
London dan England tidak pernah terpisah dari filem Bollywood. Serangkaian filem terkenal ada memasukkan unsur-unsur Inggeris di dalamnya. Seperti filem Kuch Kuch Hota Hai, di mana Tina (Rani Mukerji) pernah belajar di Oxford, kemudian Kabhi Khusi Kabhie Gham juga menceritakan tentang Rahul (Shah Rukh Khan) dan Anjali (Kajol) pindah ke London untuk memulai kehidupan baru.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.