Penyanyi Hollywood terkenal Christina Perri menerusi hantaran di laman Instagram berkongsi khabar sedih yang mana bayi perempuannya telah meninggal dunia.
Meninggal Dunia Akibat Komplikasi
Menurut Perri, bayi perempuannya itu meninggal dunia pada malam tadi waktu tempatan selepas dua minggu ditahan di hospital akibat komplikasi. Malah dedahnya sejurus dilahirkan, bayi tersebut tidak mengeluarkan sebarang bunyi namun tetap berjuang untuk meneruskan hidup.
“Malam tadi kami telah kehilangan bayi perempuan kami. Dia telah dilahirkan tanpa sebarang bunyi selepas berjuang dengan sukar untuk hidup dalam dunia kita.
” dia di tempat yang tenang sekarang dan akan sentiasa hidup dalam hati kami,” tulisnya
Sebelum ini, Perri memaklumkan dia enggan mengambil gambar dirinya dalam keadaan hamil. Namun selepas memikirkan segala-galanya, dia meneruskan penggambaran tersebut kerana khuatir berkemungkinan dia tidak lagi akan hamil.
Sebagai info, Perri pernah keguguran pada awal tahun ini. Perri telah berkahwin dengan Paul Costabile dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Carmella yang berusia dua tahun.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.