Saif Ali Khan menarik perhatian ketika mempamerkan tatu besar di lengannya. Sebabnya, tatu suami Kareena Kapoor itu mempunyai imej yang sedikit ganjil dan peminat mempersoalkan agama yang dianutinya.
Baru-baru ini, pelakon berusia 50 tahun itu dilihat memakai t-shirt biru dan bandana di kepala, sementara Kareena memakai gaun berwarna merah jambu yang kini sedang hamil.
Seperti gambar yang diambil oleh paparazzi, Saif mempunyai tatu baru yang besar di lengannya dengan imej piramid dan mata di tengahnya.
Foto ini telah menjadi perbincangan di media sosial. Beberapa peminat terkejut dengan gambar tatu Saif. Sementara yang lain mempersoalkan agama Saif, iaitu seorang Muslim.
Menurut tinjauan Murai MY di laman facebook Peristiwa Akhir Zaman, laman ini menjelaskan segi tiga piramid dan Mata Satu adalah simbol Freemason.
“Horus adalah Dewa Matahari. Mata Horus menurut mereka merupakan simbol mistik daripada kekuatan gelap yang bermakna Maha Tahu dan Maha Melihat, yang terlukis dalam hierogliphs (Tulisan Mesir kuno) pada dinding-dinding Piramid dalam kepercayaan Mesir kuno.
“Piramid merupakan lambang Firaun, simbol suatu Hierarki Kekuasaan. Sedangkan Mata Satu (The all seeing eye) itu melambangkan bahawa pengendalian dunia di bawah pengawasan mata Lucifer atau mata dewa orang Mesir Kuno yang merupakan tuhan mereka yang selalu mereka kunjungi di celah-celah pertemuan rahsia yang diadakan oleh para penganut Freemason”- tulis di laman Facebook ini.
Tetapi sehingga kini, Saif Ali Khan belum menjawab soal tatu itu. Dia juga mengatakan bahawa dia tidak peduli dengan komen negatif yang dibuat kepadanya atau keluarganya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.