Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

5 Filem Hollywood Paling Rugi Sepanjang 2020

by Naddy Joe
December 24, 2020
Share on Facebook

Pandemik COVID-19 yang berlaku telah memberi kesan terhadap pelbagai pihak, antaranya industri filem. Telah diketahui bahawa industri filem juga menerima kesan akibat pandemik yang berlaku. Berikut adalah 5 filem Hollywood yang mengalami kerugian sepanjang 2020. Adakah filem kegemaran anda turut tersenarai? Stay tune guys!

Onward

Filem The Onward, yang release pada 6 Mac 2020, adalah salah satu filem animasi yang paling ditunggu-tunggu. Lebih-lebih lagi, suara aktor tersebut adalah Tom Hollad, aktor bagi filem Spiderman. Namun, malangnya release filem Onward sewaktu pandemik COVID-19. Hal ini mengakibatkan pawagam terpaksa ditutup lebih awal dan membuatkan filem Onward menjadi agak lesu.

Filem Onward yang mengisahkan tentang Ian Lightfoot (Tom Holland) dan Barley Lightfoot (Chris Pratt) dalam usaha mencari artifak untuk menghabiskan hari terakhir bersama ayahnya. Menurut Variety, Onward menggunakan sekitar 175-200 juta USD sebagai modal. Walaubagaimanapun, filem ini hanya meraih keuntungan sebesar 141 USD sahaja.

The Call Of The Wild

Filem The Call Of The Wild ini diadaptasi dari novel terkenal berserta tajuk yang sama. Filem ini menampilkan kisah Harrison Ford, yang memaikan watak John Thornton dengan anjing kesayangannya bernama Buck. Dipendekkan cerita, John Tornton dan Buck menjadi satu pasukan dalam menghantar surat ke daerah penuh salji di Yukon, Kanada.

Walaupun ianya didaptasi dari novel yang terkenal, filem The Call Of The Wild ini tidak mendapat sambutan yang baik sewaktu ia release pada 21 Februari 2020. Pengkritik  Amerika Syarikat mengkritik bahawa filem ini kekurangan unsur semula jadi dan produser dan pengarahnya hanya memfokuskan pada teknologi CGI sahaja.

Dipetik dari The Numbers, filem The Call Of The Wild yang menggunakan bajet sebanyak 150 juta USD mengalami kerugian. Hal ini keran filem ini hanya meraih keuntungan sebanyak 110 juta USD dan mengalami kerugian sebanyak 40 juta USD.

Underwater

Underwater adalah antara filem yang mengalami kerugian pada awal tahun ini. Filem yang dibintangi oleh Kristen Stewart sebagai Norah Price. Walaubagaimanapun, filem yang membuatkan Kristen Stewart memotong rambutnya itu menerima kritikan ppedas dari pihak pengkritik. Underwater dikatakan kurang membina suasana survival dalam air.

Menurut Deadline dan Box Office Mojo, filem yang menelan perbelanjaan sebanyak 80 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 40 juta USD sahaja. Aksi Kristen Stewart di dalam Underwater juga mengakibatkan kerugian sekitar 50 peratus atau 40 juta USD.

The Rhythm Section

Filem The Rhythm Section ini telah ditayangkan pada 31 Januari 2020. Filem bergenre aksi thriller ini dibintangi oleh isteri kepada Ryan Reynolds iaitu Blake Lively yang memainkan watak sebagai Stephanie Patrick. Filem ini mengisahkan Stephanie yang berduka setelah menerima berita bahawa seluruh keluarganya mati akibat nahas pesawat yang dirampas oleh pengganas.

Walaupun ianya ditayangkan pada awal tahun 2020, filem ini tidak dapat membuahkan hasil yang lumayan. Menurut The Numbers, filem yang menelan perbelanjaan sebanyak 50 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 6 juta USD sahaja. Hal ini bermaksud filem The Rhythm Section ini telah mengalami kerugian sebanyak 44 juta USD!

Mulan

Filem aksi Mulan adalah projek Disney yang paling ditunggu-tunggu ramai. Hal ini kerana watak utama bagi filem ini iaitu Liu Yifei terpaksa berlatih seni mempertahankan diri selama beberapa bulan untuk melakukan babak yang berbahaya sebagai Mulan. Namun, usaha Liu Yifei tidak membuahkan hasil.

Mulan adalah antara filem Disney yang mengalami kerugian pada tahun 2020. Hal ini kerana filem yang release pada 4 September 2020, dibatalkan screenings, dan ditayangkan di Disney+ kerana pendemik COVID-19. Menurut Box Office Mojo, filem Mulan yang menelan perbelanjaan sebanyak 200 juta USD ini hanya meraih keuntungan sebanyak 70 juta USD sahaja. Jika dihitung, filem Mulan ini telah mengalami kerugian sebanyak 130 juta USD!

Adakah filem kegemaran anda turut tersenarai?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Treler ‘Operation Safed Sagar’ Di Netflix Cetus Adrenalin Penonton!

by Nurul A.
July 31, 2026

Psst... Filem ini diinspirasikan oleh kisah Skuadron Golden Arrows yang belum pernah diceritakan. Pada musim panas 1999, ketika Perang Kargil...

Read moreDetails
Foto - GSC
LifeXplore

IMAX® Baharu Dengan Laser Akan Tiba Di GSC IOI Mall Damansara Pada 16 Julai Ini!

by Nurul A.
July 13, 2026

Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan IMAX® terbarunya dengan Laser Hall di Petaling Jaya, dengan lokasi ke-6 dan terbarunya di...

Read moreDetails
Filem 'TERBANG'
Filem

Filem ‘TERBANG’ Angkat Kisah Malaysia Di Pentas Dunia

by Nurul A.
July 30, 2026

Malaysia bakal menyaksikan sebuah kisah luar biasa yang meraikan keberanian melangkaui batas, semangat juang dan rasa bangga terhadap negara menerusi...

Read moreDetails
Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Foto - @BookMyShowIN (FB)
Filem

Kenapa Malaysia Larang Tayangan Filem ‘Fiza’ Lakonan Hrithik Roshan & Karisma Kapoor?

by Nurul A.
July 17, 2026

Untuk makluman peminat filem Bollywood, 'Fiza' yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan....

Read moreDetails
Foto - @netflix (IG)
Spotlight

Wajib Masuk ‘Wishlist’, Ini Filem & Drama Netflix Pilihan MURAI!

by Nurul A.
July 17, 2026

Sejujurnya MURAI agak teruja pada bulan ini kerana Netflix kembali menayangkan pelbagai filem dan drama yang sangat menarik untuk ditonton....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara