Berita kurang baik datang dari pelakon Indonesia Gisella Anastasia. Dipetik dari CNNIndonesia, dia baru saja dinamakan sebagai suspek dalam kes video pornografi yang dianggap menyerupainya.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Pol Yusri Yunus. Berdasarkan hasil pemeriksaan forensik digital, video yang beredar beberapa waktu lalu adalah Gisel dengan seorang lelaki dengan inisial MYD.
“Hasil forensik memang telah keluar, maka siasatan lanjut dilakukan oleh pasukan penyiasat terhadap saudara GA (Gisella Anastasia)dan lelaki bersamanya dengan nama inisial MYD,. Kedua-dua mereka mengakui bahawa dalam video adalah diri mereka, yang beredar di media sosial”-katanya
Pada tahun itu diketahui bahawa Gisel masih merupakan isteri kepadaGading Marten. Mereka baru sahaja bercerai secara rasmi pada 23 Januari 2019. Kepada polis, Gisel mengatakan bahawa kejadian ini berlaku di Medan. Di mana, ini dilakukan di salah satu hotel di sana.
Tidak hanya berdasarkan pengakuan Gisel dan lelaki tersebut, kes Gisel juga merujuk kepada keterangan saksi pakar dan juga bukti lain. Oleh itu,di atas perlakuan mereka berdua, pasanga ini kini berdepan dengan hukuman berkaitan dengan Undang-Undang Pornografi.
Dipetik dari laman Okezone, lelaki dengan inisial MYD adalah lelaki berusia 36 tahun dari Medan. Nama sebenarnya ialah Michael Yukinobu de Fretes yang diakui oleh polis. MYD yang merupakan seorang atletkini tinggal di Kakogawa, Hyogo, Jepun.
Nama Gisel telah menjadi sebutan warga Indonesia yang meluas kerana munculnya video seks dengan watak wanita yang serupa dengannya. Dalam video yang berdurasi sekitar 19 saat itu, seorang wanita yang kelihatan seperti Gisel dilihat melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di sebuah bilik dan kemudian merakam adegan lucah mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.