Baru-baru ini kecoh apabila Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry membuat pengakuan mengenai kehidupannya selepas berkahwin dengan Putera Harry.
Banyak yang dibincangkan dalam temu bual tersebut dan wawancara bersama Oprah Winfrey yang ditayangkan di CBS itu telah menjadi buah mulut orang ramai mengenainya.
Ramai selebriti yang menunjukkan sokongan kepada Meghan Markle dan Putera Harry, dan salah seorang darinya ialah Beyonce.
Menurut Buzz Feed, Beyoncé menulis di laman web dan twitternya sebagai tanda sokongan kepada Markle.
“Terima kasih Meghan atas keberanian dan kepemimpinan anda, kami semua bertambah kuat dan mendapat ilham dari anda”.
Mesej itu disertakan dengan gambar pertemuan Beyoncé dan Meghan di tayangan perdana The Lion King pada tahun 2019.
Dalam wawancara itu, Putera Harry dan Meghan Markle mendedahkan banyak maklumat baru tentang mengapa mereka meninggalkan kerajaan dan salah satunya adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih tenang di Amerika Syarikat.
Sebelum ini Beyonce dan Jay-Z juga menunjukkan cinta kepada Meghan semasa ucapan penerimaan anugerah untuk Best International Group di Anugerah BRIT 2019 dengan bergambar di hadapan potret Meghan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.