Aktor Bollywood, Akshay Kumar didapati positif COVID-19. Melalui laman Twitter, Akshay Kumar membuat pengumuman bahawa dia didapati positif COVID-19.
“Saya ingin memberitahu semua orang bahawa, pada awal pagi ini saya telah didapati positif COVID-19. Mengikuti semua protokol, saya telah mengasingkan diri. Saya menjalani kuarantin di rumah dan telah mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan. Saya dengan setulus hati meminta agar semua orang yang mempunyai kontak dengan saya supaya mendapatkan ujian dan rawatan. Saya akan kembali beraksi nanti.”- Akshay Kumar
🙏🏻 pic.twitter.com/w9Q7m54BUN
— Akshay Kumar (@akshaykumar) April 4, 2021
Akshay Kumar adalah antara salah seorang bintang Bollywood yang paling sibuk semenjak lockdown telah dikurangkan pada tahun lalu. Dia telah memulakan dan menyelesaikan penggambaran untuk beberapa buah projek termasuklah Bell Bottom dan Atrangi Re, dan yang terkini, Ram Setu.
Aktor Akshay Kumar adalah selebriti Bollywood terkini yang didapati positif COVID-19. Antara selebriti Bollywood lain yang pernah didapati positif COVID-19 adalah Alia Bhatt, Aamir Khan, Kartik Aaryan, dan Fatima Sana Shaikh.
Jaga SOP dan stay safe okay!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.