Hari ini, Convent Bukit Nanas menjadi trending di twitter, kerana ramai yang meluahkan rasa kebimbangan jika sekolah yang dibina pada tahun 1899 bakal diroboh. Isu ini bermula selepas Mahkamah Tinggi membenarkan SMK Convent Bukit Nanas (CBN) mencabar keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan tanahnya yang bakal tamat pada 6 Sept.
Pelakon Vanidah Imran atau lebih dimesra dipanggil Vee turut merasa sedih dan kesal terhadap isu ini yang dianggap boleh musnahkan bangunan bersejarah. Di laman instagramnya, aktres itu mempersoalkan sikap rakus sesetengah pihak yang tamak mahukan tanah tersebut.
“Kenapa? Pihak rakus mana yang mencari tanah ni? Mengapa orang di pejabat Tanah dan Galian tidak menjawab? Sekolah ini mempunyai surat sokongan dari KPM. Jadi saya tidak faham mengapa mereka tidak boleh memperbaharui pajakan?
Tambah Vee, sebelum ini terdapat banyak bangunan bersejarah telah musnah termasuklah Penjara Pudu, Le Coq d’Or Mansion dan banyak lagi gara-gara projek pembangunan.
“Sekiranya Convent Bukit Nanas (CBN) dirobohkan, KL akan kehilangan bangunan yang memiliki seni bina yang menarik. Kuala Lumpur tidak ada lagi bangunan sejarah selepas ini, setelah Le Coq d’Or Mansion, kini berubah menjadi W Hotel.
“Bangunan ikonik Penjara Pudu (Jalan Hang Tuah) yang telah dirobohkan dan bakal menjadi penempatan mewah dan Tasputra Perkim milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa,” tulis Vanidah.
“Bagaimana kita boleh mengubah naratif negara ini? Untuk menjadi inklusif, bangga dengan identiti, budaya dan warisan sejarah kita?”-soalnya.
Menurut tinjauan kami di laman Petition.org, sebuah petisyen bertajuk “SAVE SMK CONVENT BUKIT NANAS’ telah dibuat. Sebanyak 15 ribu tandatangan diperlukan. Petisyen itu mengajak orang ramai untuk menyokong sekolah untuk pembaharuan pajakan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.