Aktor Aamir Khan dan Kajol pernah digandingkan bersama dalam sebuah filem berjudul Fanaa yang dirilis pada tahun 2006. Beliau yang menjadi gandingan Kajol pada ketika itu mendedahkan sifat kasar aktres filem Kabhi Khushi Kabhi Gham. Bagaimanakan sifat sebenar Kajol? Scroll sampai habis okay!
Agresif, Kasar Dan Kurang Ajar
Menurut The Indian Times, Aamir Khan menyatakan dengan tegas bahawa karya yang dihasilkan oleh bintang Bollywood itu sangat memberi kesan dan disukai ramai orang.
Walaubagaimanapun, sisi lain Kajol telah mengejutkan Aamir Khan kerana Kajol mempunyai sifat yang kurang menyenangkan.
Aamir Khan menyatakan bahawa Kajol kadangkala agresif terhadap co-star beliau. Selain agresif, Kajol mempunyai sifat humor yang kasar dan kurang ajar.
“Sikap Kajol dan personalitinya boleh dilihat agresif, kurang ajar dan kasar.”-Aamir Khan
Sikap Kajol Berubah Apabila Tamat Penggambaran
Namun, sebaik sahaja penggambaran filem Fanaa tamat, Aamir Khan menyedari sikap kurang menyenangkan Kajol merupakan sebahagian daripada watak uniknya. Sikap kurang ajar Kajol ternyata menjadi sisi lain yang menjadi sebahagian dari dirinya.
“Hanya selepas bekerja dengannya kita boleh sedar bahawa sifat tersebut merupakan sebahagian daripada dirinya. Walaubagaimanapun, dia tidak bermaksud untuk menyakiti atau sengaja bersikap seperti itu.”- Aamir Khan
Aamir Khan turut menambah bahawa Kajol kadangkala tidak menyedari bahawa sikapnya dikatakan kurang ajar oleh co-star beliau. Kajol tidak bermaksud untuk menyakiti dan sengaja bersikap kasar.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.