Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

7 Lagu Yang Telah Menyelamatkan Dari Pembubaran Ahli Kumpulan Kpop

by Jash Lee
May 8, 2021
Share on Facebook

Untuk menjadi idola sebuah kumpulan Kpop adalah suatu perkara yang sememangnya sangat sukar. Persaingan yang terlalu sengit dan kesukaran untuk menarik perhatian peminat adalah salah satu sebab mengapa banyak kumpulan Kpop memilih jalan untuk berpecah.

Lagu yang dapat menambat hati dan perhatian peminat juga memainkan peranan yang penting dan boleh dikatakan sebagai penyelamat yang berjaya membatalkan pembubaran kumpulan Kpop tertentu. Disini kami senaraikan antara 7 lagu yang kami maksudkan di atas. Anda mesti tidak sabar untuk tahu lagu apa bukan?  Jom kita tengok!

1. INFINITE – ‘Be Mine’

YouTube video

Kumpulan dari Woolim Entertainment ini, INFINITE berada dalam keadaan yang sangat bahaya apabila mereka nyaris membubarkan kumpulan itu pada tahun 2011. CEO Agensi mereka menjadi muflis dan terpaksa menjual rumah bagi mengeluarkan album terakhir kumpulan tersebut, Over The Top.

Namun nasib mereka sangat baik kerana salah satu lagu di dalam album tersebut yang berjudul ‘Be Mine’ menjadi hits dan sangat popular. Malah lagu itu juga membawa kembali kumpulan INFINITE ke puncak kegemilangan dan berjaya menjadi kumpulan yang sangat popular di generasi kedua.

2. Oh My Girl – ‘Secret Garden’

YouTube video

Siapa sangka bahawa kumpulan tujuh gadis comel ini pernah berada dalam bahaya dan hampir terbubar. Setelah memulakan karier mereka pada tahun 2015, Oh My Girl masih belum berjaya mencuri perhatian dari para pencinta kumpulan Kpop.

Namun pada tahun 2018, mereka berhasil menambat hati peminat dengan lagu ‘Secret Garden’ yang telah mendapat kemenangan pertama dari sebuah pertunjukan muzik. Selepas itu, kerjaya kumpulan Kpop Oh My Girl terus melonjak naik hingga kini.

3. Brave Girls – ‘ Rollin’

YouTube video

Brave Girls juga merupakan salah satu kumpulan Kpop yang terpaksa meneruskan perjuangan kerjaya mereka yang menyayat hati. Mereka tidak dikenali oleh sesiapa sejak tahun 2011 sehinggalah kumpulan mereka kembali mendapat perhatian apabila terciptanya lagu ‘Rollin’.

[VIDEO] Dari KPOP Ke Dangdut, ITZY Semangat Nyanyi Lagu Kopi Dangdut!

Lagu ini menjadi viral pada tahun 2021 berkat ‘army’ kumpulan ini yang memperjuangkan lagu ini dan mereka menyukainya. Kini mereka adalah salah satu kumpulan Kpop yang sangat popular.

4. BTS – ‘I Need You’

YouTube video

Kumpulan Kpop global ini, BTS pada mulanya agak sukar untuk mengharungi dalam perjalanan kerjaya mereka. Memulakan kerjaya dengan populariti yang sangat sedikit, BTS ternyata menjadi salah satu kumpulan  Kpop yang juga  berada  di ambang pembubaran.

Namun, apabila terhasilnya lagu ‘I Need You’ pada tahun 2015 dan lagu itu juga telah memenangi rancangan muzik pertama mereka. Selepas itu, kumpulan BTS terus menjadi terkenal dan popular sehingga kini. BTS juga menjadi kumpulan Kpop idola pujaan hati ramai peminat.

5. Crayon Pop – ‘Bar Bar Bar’

YouTube video

Crayon Pop juga tidak terkecuali dan pernah berada di ambang pembubaran. Pada awal karier, mereka kurang dikenali dan terpaksa muncul sebagai artis di jalanan. Nasib mereka baik selepas terhasilnya lagu ‘Bar Bar Bar’ , Crayon Pop terus mendapat perhatian. Malah, lagu itu menjadi viral dan tersebar di seluruh dunia dan terus membawa kumpulan ini ke puncak kegemilangan.

6. EXID – ‘Up & Down’

YouTube video

Lagu ‘Up & Down’ ini telah menyelamatkan EXID dari terus dibubarkan dan membawa mereka ke puncak populariti yang diidamkan.  Single tersebut sangat popular dan digemari serta berjaya menduduki tangga teratas. Kerana lagu itu jugalah kumpulan Kpop ini dikenali dan mula meraih perhatian.

7. Winner – ‘Really Really’

YouTube video

Winner juga pernah mengalami kebuntuan apabila salah seorang ahli kumpulan mereka , TaeHyun telah menarik diri. Kekosongan yang terlalu lama telah membuatkan peminat menjadi bimbang jika kumpulan itu terpaksa dibubarkan. Namun, Winner berjaya mematahkan tanggapan ini dengan terhasilnya lagu ‘ Really Really’ yang telah membawa mereka ke puncak yang sangat popular.

Kenapa Ramai Sangat Orang Malaysia Pilih Korea Selatan Untuk Melancong?

Jadi, itulah antara senarai lagu Kpop yang berjaya menyelamatkan kumpulan Kpop pujaan ramai ini dari pembubaran ahli. Siapakah dan lagu apakah yang menjadi kegemaran anda? Ada?

kpoplagu
https://lomp.at/ouijm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara