Pelakon Hollywood, Salma Hayek kongsi kisah beliau buat pertama kalinya ketika dia disahkan positif COVID-19.
Rela Mati Di Rumah
Menerusi temubualnya bersama Variety, aktres yang tercalon dalam anugerah Oscar ini bercakap mengenai penularan virus tersebut yang hampir membawa maut pada dirinya. Salma dijangkiti COVID-19 pada awal pandemik tahun lalu.
“Doktor saya meminta saya pergi ke hospital kerana keadaan semakin teruk. Saya berkata,’Tidak, terima kasih. Saya lebih rela mati di rumah.”-Salma Hayek
Kuarantin Selama Tujuh Minggu
Bintang The Hitman’s Bodyguard memilih untuk kuarantin dalam sebuah bilik di rumahnya selama tujuh minggu. Walaupun, dia tidak mengetahui secara spesifik apa gejala-gejala yang yang dihidapi, dan pada suatu ketika dia turut diberikan oksigen kerana COVID-19.
Kembali Bekerja Setelah Pulih
Setelah beliau pulih, aktres itu kembali bekerja dengan menjalani penggambaran filem House Of Gucci. Namun, Salma mengaku ianya memerlukan banyak hal kerana mengambil watak yang “tidak cukup masa” untuk dirinya.
“Ia adalah pekerjaan yang sempurna untuk memasukinya. Saya mula melakukan Zoom pada satu ketika, dan saya akan sangat penat.”-Salma Hayek
Salma turut menyatakan sehingga ke hari ini dia masih belum mendapat kembali tenaganya yang dimilikinya seperti sebelum mendapat COVID-19, yang telah memberi kesan pada lebih dari 33 juta orang Amerika sejak tahun lalu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.