Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan Ibrahim mengakui beliau mengagumi cara kerajaan Australia menangani Covid-19. Beliau yang merupakan pelumba pasukan Johor Motorsport Racing, yang kini berada di Queensland, Australia turut berkongsi situasi Covid-19 di negara tersebut.
Pasukan Johor Motorsport Racing yang diuruskan kumpulan pakar sukan permotoran Australia, Triple Eight Race Engineering.
Beliau berkata, kini Australia bebas Covid-19 sejak awal tahun ini dan pemakaian topeng pelitup muka hanya di wajibkan di beberapa tempat.
“Kepada sesiapa yang bertanya tentang di situasi Covid-19 di Australia. Untuk maklumat anda semua, Alhamdulilah di sini dari pada awal tahun dah bebas Covid, dan topeng pelitup muka hanya kena pakai kalau di lapangan terbang atau dalam pengangkutan awam.” – katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah beliau lagi, di Australia, kerajaan akan terus melaksanakan ‘lockdown’ dalam beberapa hari sekiranya terdapat satu atau dua kes.
“Di sini walaupun ada satu atau dua kes Covid-19, kerajaan terus buat lockdown untuk beberapa hari sampai keadaan selamat”
Tunku Panglima Johor itu turut mengagumi sikap rakyat Australia yang patuh dengan pesanan dari kerajaan.
“Kerajaan di sini betul betul berkeras tentang SOP Covid-19, dan di sini juga bila Kerajaan memberi pesanan kepada rakyat walaupun mereka suka atau tidak, rakyat sini tetap dengar perintah-perintah nya dan mereka tidak degil.
“Dan yang paling penting sekali mereka sanggup bekerjasama sebagai komuniti”- tegasnya
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.