Kim Kardashian disaman oleh bekas tukang kebun dan staf penyelenggaraan rumah agamnya di Hidden Hills yang bernilai $60 juta, menuduhnya melakukan pelbagai tingkah laku sebagai majikan yang tidak baik.
Kim Kardashian Didakwa Lambat Bayar Gaji Pekerja
Menurut PageSix, saman yang difailkan pada Isnin di Los Angeles, pihak plaintif mendakwa Kim Kardashian lambat membayar gaji mereka, menahan 10 peratus daripada gaji mereka untuk cukai, dan tidak menyerahkan jumlah tersebut pada pihak kerajaan, tidak mahu membayar lebih masa, dan kadangkala memaksa mereka bekerja tanpa waktu rehat untuk makan.
Mereka turut mendakwa mereka tidak menerima pembayaran gaji yang terperinci, dan seorang bekas pekerja berusia 16 tahun mendakwa di bekerja melebihi 48 jam maksimum yang dibenarkan untuk pekerja bawah umur pada musim panas. Pekerja lain turut mendakwa apabila dia suarakan isu overtime pay, isu cukai, dan waktu rehat, dia segera dipecat.
Jurucakap Kim Kardashian Beri Penjelasan
Menurut jurucakap Kim Kardashian, pekerja-pekerja ini diupah dan dibayar melalui third-party vendor yang disewa oleh Kim untuk memberikan servis berterusan.
“Pekerja-pekerja ini diupah dan dibayar melalui vendor pihak ketiga yang diupah oleh Kim untuk memberikan servis berterusan. Kim bukan pihak dalam perjanjian yang dibuat antara vendor dan pekerja mereka, oleh itu dia tidak bertanggungjawab mengenai bagaimana vendor menguruskan perniagaan mereka dan perjanjian yang telah dibuat secara langsung dengan kakitangan mereka.”-Jurucakap Kim Kardashian
Menurut sumber lain turut menyatakan bahawa Kim Kardashian tidak memiliki sejarah tidak membayar bil tepat pada waktunya.
“Dia tidak memiliki sejarah tidak membayar bil tepat pada waktunya, tidak pernah dan tidak akan pernah. Dia sangat bangga dapat membayar orang tepat pada waktunya untuk kerja mereka, jadi isu ini tidak ada kaitan dengan Kim dan pekerja-pekerja ini menyaman orang yang salah.”- Sumber Lain
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.