Ramai juga sebenarnya dikalangan selebriti Malaysia berjaya mendaftar sebagai penerima bagi dos suntikan vaksin AstraZeneca, dan antara ramai-ramai Mira Filzah antara yang bertuah mendapat suntikan dos pertama vaksin tersebut.
Rata-rata ramai peminat Mira bertanya jenis pakaian yang bagaimana sesuai dipakai untuk suntikan vaksin, dari intipan Murai.my di akaun Instagram Story milik Mira Filzah. Wanita ayu ini berkongsi tips pakaian yang dapat menjaga aurat ketika vaksin.
Baju Lengan Besar Dan Sarung Lengan Kuncinya
Berdasarkan tips yang Mira kongsikan di Instagram Story, wanita anggun ini menyatakan pemakaian baju berlengan besar memudahkan urusan untuk menyingsing lengan baju sebelum suntikan dilakukan.
Dan untuk menjaga aurat sebagai wanita muslimah, pemakaian sarung lengan sangat diperlukan dan bagus pakai dari rumah lagi.
“Mira pakai baju lengan besar, senang nak singsing lengan. Tapi Mira pakai juga sarung lengan supaya bahagian cucuk sahaja yang terdedah dan lengan tidak terdedah.” Kongsinya di Instagram
Mira juga menyatakan dari pengalaman, semasa gilirannya Mira dapati dalam cubicle tersebut ada seorang pegawai lelaki dan seorang pegawai wanita, Mira menyatakan rasa lega kerana telah memakai sarung lengan lebih awal dari rumah.
Bagus tips pakaian yang dikongsikan oleh Mira ini, ianya sangat berguna buat kaum hawa yang menjaga mahu menjaga aurat sambil menerima suntikan vaksin akan datang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.