Pendakwah bebas terkenal, PU Syed menerusi hantaran di laman Instagram nya menjawab soalan daripada netizen mengenai ulama dan pendakwah di Malaysia, adakah mereka turut mengambil vaksin seperti yang disarankan.
PU Syed Daftar Sebagai Penerima Vaksin
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak,39 sebagai seorang pendakwah dia akui turut mendaftar sebagai penerima vaksin kerana beranggapan ia adalah salah satu cara untuk mencegah penularan wabak COVID-19.
“Waalaikumsalam wbt
Ambe sudah daftar vaksin cuma belum sampai masanya untuk menerima suntikan. Ambe tak ragu-ragu untuk mengambil vaksin ini sebagai salah satu kaedah untuk mencegah dari dijangkiti covid ini
الوقاية خير من العلاج
Mencegah lebih baik dari mengubati” tulisnya di laman Instagram
Majoriti Ulama Ambil Vaksin
Menjawab persoalan tersebut, PU Syed berkata biarpun sesetengah pihak yang berasa tidak yakin dan menolak vaksin namun dalam masa yang sama dia turut menghormati pandangan mereka. Dedahnya lagi, majoriti ulama turut menyokong program ini.
“Walaupun ada pandangan yang merasa syak dgn vaksin ini, dan tak menyokongnya, ambe hormati pandangan mereka ini, namun setakat ini pandangan majoriti ulama menyokong vaksinasi bahkan ianya adalah salah satu cara untuk kita bantu agar tidak terus menerus virus ini tersebar dalam masyarakat.
Ambe PU Syed menyokong penuh kempen vaksinasi ini
Nak hujah menyokong boleh rujuk fatwa semasa” katanya lagi
https://www.instagram.com/_pusyed/
Menjengah ke ruangan komen,rata-rata pengikutnya memuji tindakan PU Syed mengalakkan orang ramai untuk menerima vaksin biarpun terdapat sesetengah ulama dan pendakwah berpendirian tegas untuk tidak menerimanya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.