Menerusi artikel Murai.my terdahulu, pelakon Hairul Azreen pernah berkongsi tips buat mereka yang mempunyai bentuk badan yang kurus untuk menjadi lebih kekar.
Rutin Harian Seawal Jam 6 Pagi
Terbaharu, menerusi Insta-story nya suami kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini membuat pendedahan mengenai persiapan filem terbaharunya “The Assistant” yang turut memerlukan badannya kelihatan kekar. Menurut Hairul, rutin hariannya bermula seawal jam 6 pagi pada setiap hari dan bagi latihan kecergasan dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuklah di sebelah malam.
Akui penat, namun bagi Hairul hasil daripada latihan itu adalah kepuasan buatnya apabila berjaya mendapat tubuh badan yang diidamkannya. Malah menurut Hairul, dia mempunyai pengalaman mempunyai bentuk badan yang berbeza bagi memenuhi kriteria filem lakonannnya.
Tetap Luangkan Masa Bersama Keluarga
Meskipun sibuk dengan latihan dan penggambaran filem, Hairul tetap tidak melepaskan masa untuk bersama keluarganya. Difahamkan, sebelum pelaksaan PKP selain menghantar anak sulungnya, Yusof Iskandar ke sekolah, Hairul akan membantu Hanis membersihkan rumah setiap hari.
Akui tidak mengambil pembantu rumah, jelas Hairul soal pengurusan rumah dan anak-anak akan dibahagikan bersama isterinya itu. Tambahnya lagi, pada setiap hari Ahad pula akan ditetapkan sebagai hari untuk dia dan keluarga meluangkan masa bersama.
Dalam pada itu, pelakon PASKAL ini turut memberi pesanan buat pengikutnya untuk tidak mudah berputus asa dan berusaha sehabis baik mencapai cita-cita.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.