Aktres Bollywood, Kangana Ranaut memberikan reaksi berhubung penangkapan ahli perniagaan dan suami kepada Shilpa Shetty, Raj Kundra baru-baru ini disebabkan kes berkaitan pornografi.
Gelar Industri Perfileman Sebagai Kegagalan
Menerusi Insta Stories, Kangana menulis mengapa dia menggelar industri perfileman sebagai punca kegagalan.
“Inilah sebab saya gelar industri perfileman sebuah kegagalan…semua kilauan itu bukan emas”-Kangana Ranaut
Bakal Dedah “Bullywood” Dalam Filemnya Akan Datang
Kangana turut menyatakan bahawa dia akan mendedahkan apa yang berlaku dalam “Bullywood” menerusi filem nya yang akan datang.
“Saya akan mendedahkan di bawah Bullywood dalam produksi saya yang akan datang berjudul Tiku Weds Shiru”
“Kita memerlukan sistem nilai dan hati nurani yang kuat dalam industri kreatif-Kangana Ranaut
Suami kepada Shilpa Shetty ini telah dihantar ke tahanan kehakiman sehingga 23 Julai, bersama Ryan Tharp, yang juga ditangkap dalam kes yang sama pada pagi Selasa.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.