Masih lagi isu penangkapan ahli perniagaan dan suami kepada aktres Shilpa Shetty, Raj Kundra telah didakwa melakukan rasuah kepada pegawai Cawangan Jenayah.
Dipetik daripada Pink Villa, Raj didakwa telah menangguhkan penangkapannya dengan memberi rasuah kepada pegawai sebanyak Rs25 lakh iaitu hampir RM11K.
Menurut laporan, seorang ‘tertuduh’ yang melarikan diri daripada kes ini telah menuduh Raj melakukan rasuah. Sehingga kini, tiada pegawai dari Cawangan Jenayah memberi komen atau kenyataan mengenai perkara ini.
Penangkapan Raj Kundra telah dilakukan setelah rumah produksi yang berpusat di United Kingdom dan eksekutifnya, Umesh Kamat berada di bawah pengawasan polis. Berdasarkan laporan polis, Raj telah berhubung dengan Kamat dan syarikatnya pada sebelum ini.
Pada masa yang sama, Raj yang mengaku terlibat dalam perniagaan kandungan filem dewasa kurang dari 2 tahun telah memperoleh pendapatan berjuta-juta setiap hari.
Manakala Abad Ponda iaitu peguam Raj berkata kandungan yang dihasilkan oleh syarikat tersebut tidak menunjukkan persetubuhan di antara orang dewasa, jadi ianya tidak boleh dianggap sebagai lucah.
Raj telah ditahanan oleh polis sehingga 23 Julai 2021 dan isterinya, Shilpa Shetty tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.