Terkini pelawak, Shuib Sepahtu mendedahkan Siti Sarah bakal menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi pada pukul 2 petang hari ini.
Untuk makluman semua, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan oleh keadaan dan paras oksigennya yang tidak stabil. Akui Shuib, dia meminta orang ramai untuk terus mendoakan keselamatan dan kesihatan isteri dan anaknya.
“Assalamualaikum semua. Terima kasih mendoakan isteri saya, Siti Sarah Raisuddin. Sekejap lagi lebih kurang 2 lebih Sarah akan menjalani pembedahan untuk keluarkan bayi.
Saya mohon terus doakan Sarah. Semoga pembedahan tersebut dijalankan dengan baik. Terima kasih semua”, tulisnya.
Menurut sumber yang didapati oleh Murai MY, selepas bacaan yassin yang dilakukan secara sukarela oleh orang ramai tengah hari tadi, doktor mendedahkan paras oksigen Siti Sarah kembali stabil dan semakin baik.
Mari kita sama-sama doakan keselamatan dan kesihatan Siti Sarah dan bayinya kembali pulih dan dalam keadaan yang baik-baik sahaja, Aamin!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.