Industri hiburan dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5.13 pagi ini di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shuib & Ahli Keluarga Dibenarkan Untuk Menunaikan Solat Jenazah
Menurut laporan Harian Metro, Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa memberitahu, Shuib bersama beberapa ahli keluarga yang lain dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah dan harus memakai peralatan pelindungan diri (PPE) sewaktu solat jenazah dilakukan.
“Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.
Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka.”- Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM
Jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 12 tengah hari ini.
Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Siti Sarah dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.