Tak dinafikan ramai orang berkongsi kebaikan Allahyarhamah Siti Sarah di media sosial. Namun di sebalik perkongsian itu, ada beberapa individu memuat naik gambar Allahyarhamah sebelum berhijab.
Melihat perkongsian gambar tersebut, ini respon Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri;
Jangan Kongsi Kerana Aib
Akui PU Syed walaupun ramai yang berkongsi kebaikan Allahyarhamah, dia meminta orang ramai untuk tidak memuat naik gambar-gambarnya sebelum berhijab.
“Dalam keadaan ramai menceritakan kebaikan-kebaikan arwah Siti Sarah, ada pula yang ‘terlebih’ cerita dengan menunjukkan gambar-gambar arwah sebelum berhijab.
Jangan ditunjuk gambar mendedahkan aurat arwah kerana menjaga aibnya”, tulis PU Syed.
Dedah pendakwah bebas ini, dia meminta orang ramai untuk berhenti memuat naik gambar Allahyarhamah sebelum berhijab kerana mahu menjaga aibnya. Tambah PU Syed lagi, dia berharap orang ramai dapat melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri dan agama.
Sebab Ini Rupanya…
PU Syed berkata jika ada pihak yang berkongsi gambar aurat Allahyarhamah seperti gambar sebelum berhijab, dosa tersebut tidak akan ditanggung oleh Allahyarhamah. Ini kerana Allahyarhamah sudah lama berhijrah dengan berhijab.
Malah PU Syed mendedahkan dosa tersebut secara automatik akan ditanggung oleh mereka yang berkongsi. Katanya lagi, memaparkan dengan sengaja pada khalayak ramai akan menambahkan lagi dosa individu tersebut.
“Jagalah adab-adab dalam berkongsi dan menyiarkan sesuatu. Mu nak kejar rating atau nak kejar dosa?!”, ujar PU Syed.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.