Tahun ini tepat 39 tahun aktor Bollywood, Amitabh Bachchan dikhabarkan telah meninggal dunia ketika menjalani pengambaraan filem Coolie (1982).
Ketika itu, aktor ini didakwa hampir mati akibat kemalangan maut akibat adegan menembak semasa pengambaraan. Kejadian ini turut menarik perhatian banyak pihak di India.
Setelah dimasukkan ke dalam hospital, Amitabh berjaya diselamatkan walaupun pada awalnya doktor telah mengesahkan secara klinikal aktor ini sudah meninggal dunia pada 2 Ogos 1982.
Mengimbas kembali momen itu, beberapa pengguna di media sosial mula memuat naik rakaman video ibu mertua Aishwarya Rai yang pulang daripada hospital. Menurut sumber, rakaman ini didakwa tidak pernah dimuat naik sebelum ini.
Menerusi video tersebut, Amitabh Bachchan dilihat keluar daripada kereta putihnya. Kemudian aktor itu meminta restu daripada ibu bapanya iaitu Shri Harivansh Rai Bachchan dan Teji Bachchan.
Pada masa yang sama dalam rakaman video itu, Amitabh itu juga dilihat memeluk dan mencium anak-anaknya, Shweta Bachchan dan Abishek Bachchan.
Untuk pengetahuan kamu, kemalangan yang dipanggil ‘kematian sementara’ ini turut melibatkan aktor Puneet Issar. Dalam adegan tersebut, Amitabh sepatutnya mendarat di atas meja. Tetapi dia tersalah menghitung lompatan dan mendarat di tepi meja yang menyebabkan kecederaan di perut dan pendarahan dalaman yang teruk.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.