Dipetik dari Hindustan Times, Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor mendedahkan bahawa dia dan suaminya,Saif Ali Khan pernah mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah ibu tumpang (surrogacy) sebelum mengandungkan anak kedua mereka Jehangir Ali Khan.
Cadang Kaedah Ibu Tumpang (Surrogacy)
“Saya seperti ‘adakah patutu kita melakukan itu? Patutkah kita melakukan kaedah ibu tumpang (surrogacy)?- jelas Kareena
https://www.instagram.com/p/CRI9SKwFHEC/
Kongsi Reaksi Suami
Kareena kemudian berkongsi reaksi suaminya, Saif yang mahu mencuba lakukannya dengan cara yang betul.
“Reaksi Saif adalah,’ jika kita boleh mempunyai anak, mengapa tidak mencuba dan melakukannya sendiri? Dan jika itu adalah cara yang Tuhan mahukan (ia akan terjadi)’. Saif sangat jelas seperti, ‘mari kita lakukan dengan cara yang betul dan lihat jika ia berlaku.
Sudah tentu, itulah bagaimana ia berlaku. Dan melahirkan kedua-dua anak saya menjadi kegembiraan terbesar bagi saya.”- dedah Kareena
Akui Gembira Dengan Kedua-dua Kehamilannya
Kareena turut menambah beliau gembira dengan kedua-dua kehamilannya.
“Saya gembira saya telah mengalaminya dengan kedua-dua anak lelaki. Saya sebenarnya menikmati kesemuanya. Saya adalah seorang pelakon yang tidak mengambil peduli. Wajah saya bengkak, kaki saya bengkak.
Apa yang menariknya adalah jenama saya dan ramai orang yang saya bekerjasama tidak mengambil peduli dengan hal itu. Mempunyai dua orang anak, tidak kira berapa saiz anda.”- kongsinya lagi
Sebelum ini, Kareena pernah menerima kritikan netizen di India setelah menamakan anak keduanya, Jehangir Ali Khan.
Nama Jehangir, dieja sebagai Jahangir atau Jangir berasal dari Parsi. Jahan bermaksud alam semesta atau dunia. Nama itu juga bermaksud “raja dunia”. Sebagai info, Maharaja Mughal Jahangir adalah putera kepada Akbar dan memerintah kerajaan dari 1605 Masihi sehingga 1625 Masihi. Dia juga bertanggungjawab di atas penjarakan dan pembunuhan Guru Sikh ke-5, Guru Arjan Dev Ji.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.