Murai MY faham kebanyakan kita mesti fikir golongan selebriti sebenarnya berasal dari keluarga yang kaya-raya. Tapi kalau kamu nak tahu, tak semua selebriti lahir dari keluarga yang berada.
Macam 8 selebriti Hollywood ini, mereka pernah hidup dalam kemiskinan. Nak tahu lebih lanjut, jom scroll dan baca kisah selebriti ini.
Eminem
Eminem dibesarkan oleh ibunya secara bersendirian di Detroit. Kehidupan keluarganya yang huru hara menyebabkan dia berhenti sekolah. Walaupun berhenti sekolah pada usia yang muda, Eminem kini menjadi rapper yang terkenal sejak menandatangani kontrak dengan Dr. Dre pada tahun 1998.
Chris Pratt
Sebelum menjadi terkenal, Chris tidak mempunyai tempat tinggal. Di Hawaii, dia tinggal di dalam van untuk tempoh yang lama. Tetapi kehidupannya berubah setelah mendapat kontrak dengan filem “Cursed: Part III” pada tahun 2000.
Nicki Minaj
Kehidupan Nicki Minaj berubah 360 darjah setelah keluarganya berpindah dari Trinidad ke kawasan kumuh di Queens, New York. Dia ketika itu menjadi mangsa keganasan ayahnya yang ketagihan dadah. Nicki Minaj mengaku selalu berdoa di kaki katilnya supaya dia kaya dan dapat menjaga ibunya.
Justin Bieber
Seperti yang ramai tahu, Justin Bieber berasal dari Kanada berasal dari keluarga yang miskin. Tinggal bersama ibunya, Pattie Mallette, Justin mengaku rumahnya sangat kotor sehingga terpaksa pasang banyak perangkap tikus.
“Rumah saya memang sangat kotor. Kami pasang banyak perangkap tikus di seluruh bahagian kerana banyak sangat tikus. Saya tidak ada katil, saya cuma tidur di sofa katol biru di bilik saya.”
Jennifer Lopez
Menjadi selebriti yang terkenal sekarang, Jeniffer Lopez atau J-Lo pernah tinggal di pusat kehilangan tempat tinggal ketika remaja. Kejadian itu berlaku kerana dia memilih untuk menari berbanding belajar, jadi ibunya menghalaunya keluar dari rumah ketika usia 18 tahun. Sejak itu dia tidur di studio tarian.
Selena Gomez
Selena berkongsi ibunya mengandungkannya ketika berusia 16 tahun. Ketika itu, ibunya melakukan 3 pekerjaan dalam satu masa bagi menyara keluarga mereka. Memori yang masih segar dalam ingatannya adalah, ibunya membeli gas dan membeli makanan murah seperti Kraft Dinner.
Joaquin Phoenix
Ketika zaman kanak-kanak, Joaquin mempunyai pengalaman yang aneh. Ibu bapanya menyertai kumpulan agama sesat. Dia mengaku disebabkan oleh itu, dia dan adik beradiknya terpaksa menjadi penghibur jalanan untuk membeli makanan dan keperluan asas.
Leonardo DiCaprio
Bintang utama filem “Titanic” ini pernah berkongsi kisah hidupnya iaitu membesar dalam keluarga dan persekitaran yang miskin. Disebabkan oleh faktor itu, dia berjanji untuk berusaha keras untuk mengubah nasib hidupnya.
Jadi itulah kisah kehidupan selebriti yang pernah hidup dalam kemiskinan. Yang penting usaha dan tekad untuk berubah membuatkan mereka berjaya sehingga sekarang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.