Di tengah-tengah wabak COVID-19, kita sering mendengar berita sedih dan berita kematian yang mengejutkan. Ada dalam kalangan selebriti juga yang masih bertarung untuk melawan penyakit ini.
Menurut IntepSeleb, selebriti Bollywood juga tidak terkecuali. Meskipun bukan kerana COVID-19, tetapi mereka sedang melawan penyakit yang serius.
Sanjay Dutt
Sanjay Dutt pada tahun lalu mengumumkan bahawa dia telah didiagnosis dengan penyakit barah paru-paru. Sebenarnya, penyakit ini sudah sampai ke tahap 4.
Setelah menjalani rawatan di Amerika dan kerap mengambil ubat dengan betul dan berdisiplin, Sanjay Dutt berjaya sembuh dari penyakitnya.
Manisha Koirala
Sama seperti Sanjay Dutt, Manisha Koirala juga telah menghidap barah, tetapi barah ovari pada tahun 2012. Setelah mengetahui penyakitnya, Manisha kemudian menjalani pembedahan dan menjalani rawatan dengan penuh displin.
Menurut IntepSeleb, kini dia bebas dari penyakit ini dan sering berkongsi detik dan pengalamannya kepada orang yang mengalami perkara yang sama.
Amitabh Bachchan
Amitabh Bachchan diketahui telah selamat dari kecederaan yang berlaku di tubuhnya apabila limpanya pecah. Penyakit ini menjadikannya lemah dari segi fizikal dan mental yang kemudiannya akan mempengaruhi kesihatan serta menjadi murung.
Setelah setahun bertarung dengan penyakitnya, kini dia sudah kembali sembuh sepenuhnya.
Salman Khan
Salman Khan diketahui menderita Trigelminal Neuralgia yang menyerang saraf, terutama wajah dan rahang. Saraf ini akan menyerang wajah pesakit sehingga pesakit dapat merasakan kesakitan yang teruk seperti terkena serangan elektrik dan berlaku secara berterusan.
Menurut IntepSeleb, sehingga kini, Salman Khan masih menderita penyakit itu, namun, dia secara profesional terus menjalankan tugasnya sebagai pelakon walaupun kesakitan yang ditanggungnya.
Lisa Ray
Lisa Ray didiagnosis dengan penyakit Multiple Myeloma iaitu sejenis barah yang menyerang tulang sumsum pada 2009. Semangat Lisa Ray untuk hidup dan kekal sihat telah berjaya mematahkan penyakit ini dan kini dia berjaya sembuh dari penyakit itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.