Salah satu ikonik yang terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (HRCKL) kini menginjak 30 tahun penubuhannya.
500 Makanan Didermakan
Merancakkan lagi sambutan ulangtahun, HRCKCL hari ini telah mendermakan 500 paket makanan kepada badan organisasi Kechara Soup Kitchen untuk diberikan kepada gelandangan. Selain itu, diskaun sebanyak 30% telah ditetapkan untuk semua pembelian makanan, minuman serta barangan eksklusif HRCKL.
Baju T Dijual Hanya RM30
Selain itu, antara tarikan utama ulangtahun ke-30 HRCKL termasuklah penjualan baju-T Hard Classic Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang dijual hanya RM30.
Difahamkan, harga istimewa itu hanya terhad buat 100 pelanggan yang terawal sahaja. Untuk rekod, HRCKL mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.