Minggu ketiga konsert Gegar Vaganza 8 (GV8) menyaksikan kumpulan Nico-G menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam program realiti itu.
Keluar Secara Bermaruah
Memperoleh markah terendah sebanyak 50.10% , Nico G yang dianggotai oleh Nico, Alfa dan Dino itu menyifatkan penyingkiran mereka sebagai sesuatu yang bermaruah. Ini kerana trio hip-hop itu telah melakukan yang terbaik dan diluar genre mereka sebelum ini.
“Kami berpuas hati kalau itulah yang tertulis buat kami. Kami keluar secara bermaruah kerana kami merupakan kumpulan hip-hop yang cuba untuk membawakan lagu-lagu solo penyanyi lain.
“Apapun kami redha dan tidak akan menyerah kalah” kata Nico G ketika ditemui Murai.my di PICC
Nikki Palikat Dapat ‘Standing Ovation’
Dalam perkembangan lain, minggu yang bertemakan Segalanya Ku Terima itu telah menobatkan Nikki Palikat sebagai juri mingguan. Nikki yang tampil memukau membawakan lagu Semalam nyanyian asal Aina Abdul bukan sahaja memperoleh markah tertinggi malah berjaya membuatkan ramai penonton termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang berdiri memberikan tepukan gemuruh buat persembahan tersebut.
- Nikki Palikat (Semalam) – 84.80%
- Aliff Aziz (Kasihnya Laila) – 83.90%
- Adibah Noor (All I Ask) – 81.30%
- Suki (Badarsila) – 78.60%
- Sa.Ya (Betterman) – 73.70%
- Aweera (Boneka) – 71.50 %
- Upiak (Retak) – 61.30%
- Bandi (Nak Dara Rindu) – 60.1%
- Shidee (Blue Suede Shoes) – 58.3%
- Ani Maiyuni (Hadirlah Kekasih) – 58.1%
- Azan Scan (Ini Rindu) – 54.8%
- Fazley (Yang sedang-sedang saja) – 54.00%
- Nico G (Manis) – 50.1%
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.