Dikenali sebagai salah seorang ikon negeri Pulau Pinang, figura yang terkenal dengan Pasembor Rojak nya, Mamu Ayob dikhabarkan telah meninggal dunia pada Isnin lalu (20 Disember 2021).
Ramai Yang Akan Merindui Mamu
Berita itu dikongsi oleh netizen di laman Facebook yang bersedih atas pemergian Mamu dan pasti akan merindu gayanya memanggil pelanggan di Anjung Gurney Drive kelak.
“Tiada lagi suara memanggil Rojak, Rojak, Rojak di Anjung Gurney Drive selepas ini..pasti ramai akan merindui Mamu yabg mempunyai gaya beliau yang tersendiri..
“Mamu Ayob Pasembor telah Meninggal dunia..Salam takziah untuk seluruh keluarga Arwah Mamu Ayob, Kami pasti merindui Mamu Ayob..Inalillahiwainalillahirojiun” kongsi pengendali Facebook Penang Kini
Sharnaaz & Aidid Kenang Pemergian Mamu
Bukan sahaja warga Pulau Pinang dan pelancong yang mengenalinya, berita sedih itu turut dirasai oleh beberapa selebriti tempatan seperti Sharnaaz Ahmad dan Aidid Marcello. Menerusi hantaran Sharnaaz di Insta story nya, pelakon itu menitipkan Al-Fatihah buat pengusaha makanan terkenal tersebut sambil berkongsi status yang dimuatnaik Aidid.
Menjengah pada hantaran Aidid, pengacara dan pengarah itu menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar. Mengimbau kenangan, Aidid berkata adalah satu kemestian untuk dirinya menikmati sajian lazat daripada Mamu setiap kali berada di Pulau Pinang.
“Kalau pi gurney drive memang sah akan singgah pekena rojak mamu. Tapi hari ini(Isnin) mamu dah pergi buat selamanya. Semoga mamu tenang disana. Jom pause (berhenti) sat, baca Al-Fatihah sedekah dekat mamu” kongsi Aidid
Dikesempatan itu, Aidid turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham yang disusuli komen yang hampir sama daripada kenalan selebriti dan pengikut-pengikutnya.
“Takziah kepada seluruh keluarga mamu. Terngiang-ngian nyanyian unik mamu. Innalillah” katanya menutup perkongsian
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.