Kareena Kapoor, isteri kepada Saif Ali Khan diketahui sebelum ini telah disahkan positif COVID-19. Dia dijangkiti virus itu ketika berada di Mumbai bersama rakannya Amrita Arora.
Mengjangkiti Anak
Menurut IntepSeleb, Kareena dan Amrita dijangkiti virus itu semasa mereka sedang makan bersama. Bukan itu sahaja, Kareena juga telah menularkan virus itu kepada dua anaknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jehangir Ali Khan.
Tetapi ahli keluarga Kareena tidak terlalu teruk dan mereka sedang menjalani kuarantin yang sangat ketat di rumah.
Mendapat Cemuhan
Bagaimanapun, keadaan Kareena Kapoor yang positif COVID-19 sebenarnya mendapat cemuhan segelintir netizen.
Mereka menuduh keadaan isteri Saif Ali Khan sebagai karma kerana sebelum ini dia dilihat menghina kitab Injil dan agama Kristian.
Tajuk Buku Yang Tidak Sesuai
Sebelum ini, sekumpulan penganut Kristian telah membuat laporan atas tindakan Kareena Kapoor mengenai buku yang dikeluarkannya sebelum ini. Menurut IntepSeleb, Kareena mengeluarkan sebuah buku dengan tajuk yang memberikan kontroversi, ‘Pregnancy Bible’.
Tajuk buku tersebut dikatakan mengguris hati banyak pihak terutama penganut Kristian. Bagaimanapun, Kareena menafikan ia satu penghinaan kerana dia menjadikan buku itu sebagai satu bentuk pengumuman mengenai kelahiran anaknya, Taimur.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.