Penyanyi yang berasal daripada Indonesia, Upiak Isil tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menggelarkannya sebagai ‘Ratu Air Mata’ di dalam program Gegar Vaganza 8 (GV8).
Mahu Berlakon ‘Watak Air Mata’
Malah Upiak, atau nama sebenarnya Silvia Nanda mengharapkan dapat melakonkan watak yang memerlukannya untuk menangis di dalam sesebuah filem di Indonesia, namun sebaliknya dia mendapat watak yang lebih ke arah komedi.
“Saya memang mudah mengalirkan air mata tetapi saya hairan kenapa di Indonesia tidak pernah dipanggil berlakon filem yang memerlukan watak air mata. Saya selalu dapat watak yang kelakar
“Saya tidak minta simpati sebab semoga apa yang kita kongsikan dapat jadi motivasi kepada adik-adik yang ingin bertatih supaya jadi lebih kuat
“Saya pun tak tahu macam mana boleh digelar sebegitu, mungkin masa ibu mengandungkan saya selalu menangis. Saya kalau tengok orang menangis pun boleh jadi sedih, tengok kucing patah kaki pun menangis” seloroh Upiak
Sudah Ada Perancangan Selepas Tersingkir
Dalam pada itu, Upiak yang diumumkan sebagai peserta GV8 tersingkir dalam minggu keenam program itu redha dengan keputusan tersebut. Tidak akan bersedih dan menganggap ia sebagai satu lumrah dalam pertandingan, Upiak sudah mempunyai perancangan tersendiri selepas ini.
“Perancangan selepas ini saya akan teruskan buat lagu, keluarkan single dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Untuk filem juga saya akan teruskan sebab ada beberapa projek yang masih tertunda, mereka (produksi) tunggu saya pulang” katanya lagi
Upiak ditemui Murai.my usai tamat konsert minggu keenam GV8 di Putrajaya International Connvention Centre (PICC) pada malam Ahad. Upiak yang berduet bersama Usop menerusi lagu Sembunyi nyanyian asal Misha Omar dan Andy Flop Poppy menjadi peserta yang ketiga diumumkan tersingkir dalam program realiti itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.