• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

3 Bahaya Mengorek Telinga Menggunakan Cotton Bud

by Jash Lee
January 9, 2021
Share on Facebook

Tabiat buruk yang dilakukan oleh kebanyakan orang untuk membersihkan telinga adalah dengan menggunakan cotton bud. Pada mereka, membersihkan telinga dengan cara ini boleh menjadi sangat menyenangkan dan dianggap sihat kerana banyaknya kotoran di dalam telinga yang dapat dikeluarkan.

Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa disebalik kepuasan memilih cara ini untuk membersihkan telinga, ada juga bahaya yang tersembunyi.

Health Me Up melaporkan, berikut adalah beberapa bahaya yang timbul akibat membersihkan telinga dengan menggunakan cotton bud.

Tidak Perlu Membersihkan Telinga Dengan Kerap

Tidak seperti bahagian anggota badan yang lain, telinga tidak memerlukan pembersihan yang terlalu kerap. Ini kerana, sebenarnya telinga dapat membersihkan diri sendiri.

Elakkan dari memasukkan benda kecil di dalam telinga walaupun ia dilakukan untuk tujuan membersihkannya. Ramai juga orang yang bukan hanya menggunakan cotton bud untuk membersihkan telinga malahan ada juga yang menggunakan benda lain seperti sepit rambut dan sebagainya. Semua perkara ini dapat merosakkan bahagian dalam telinga.

Earwax Sebenarnya Sihat

Semasa menggunakan cotton bud, orang akan merasa puas apabila mendapati banyak earwax yang dapat dibersihkan yang selama ini tersekat di dalam telinga. Ini kerana mereka menganggap bahawa earwax adalah kotoran yang mesti dikeluarkan dari telinga.

Tahukah anda sebenarnya earwax adalah minyak yang melapisi dan melindungi bahagian dalam telinga. Ia juga mengandungi sifat anti-bakteria yang menghalang bahagian dalam telinga daripada dijangkiti kuman dan dapat menghalang air dari masuk ke telinga.

Earwax yang terhasil di dalam telinga berguna untuk membawa keluar kuman dan sel kulit mati. Jika terlalu kerap membersihkan kotoran di telinga akan membuatkan telinga menjadi kering dan lebih kasar. Telinga juga tidak akan dilindungi dan bakteria akan masuk dengan mudah.

Cotton Bud Boleh Merosakkan Telinga

via rileklah.com

Setiap kali anda memasukkan cotton bud di dalam telinga, anda bukan sahaja secara tidak langsung memasukkan sekali kotoran yang baru malahan juga telah menolak earwax ke dalam telinga dengan lebih dalam.

Daripada membiarkan kotoran di telinga akan keluar sendiri, anda  malahan telah mendorong kuman dan bakteria yang ada di dalamnya juga masuk lebih dalam. Jika cotton bud dimasukkan lebih dalam sehingga boleh menyentuh gegendang telinga, ini boleh menyebabkan kerosakan kerana gegendang telinga adalah bahagian yang sangat sensitif.

Ketiga-tiga risiko ini adalah alasan yang cukup untuk anda berhenti membersihkan telinga dengan menggunakan cotton bud. Telinga anda dapat membersihkan diri sendiri tanpa kita perlu menggalinya dengan lebih dalam.

via blogspot.com

Anda boleh menggunakan ubat titis khas untuk membersihkan telinga atau boleh juga miringkan kepala dan titiskan air suam ke dalam saluran telinga dan miringkan semula kepala ke sisi yang lain untuk mengeluarkan kotoran. Pastikan anda mengeringkan air di bahagian dalam telinga dengan kain sehingga bersih.

bahayamengancam korektelinga cottonbud
https://lomp.at/9lxvz
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore