• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bangun Tidur, Minum Air Panas Atau Sejuk. Mana Yang Lebih Baik?

by Jash Lee
January 16, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Di dalam sebuah buku yang menceritakan tentang gaya hidup sihat ada menyebut bahawa minum air setelah bangun dari tidur atau sebelum sarapan adalah satu kewajipan. Ini kerana air dipercayai dapat membantu meningkatkan manfaat kesihatan tubuh pada waktu pagi termasuk dapat membantu menurunkan berat badan.

Beberapa kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal PubMed mendapati bahawa kaitan antara penurunan berat badan dengan air minuman adalah disebabkan oleh kesan termogenik. Kajian itu juga menunjukkan termogenesis yang disebabkan oleh air berpotensi untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh pada orang dewasa sekitar 24 – 30 peratus.

Bukan itu sahaja, minum air pada waktu pagi juga dapat memberikan banyak manfaat kesihatan yang lain seperti dapat menghidrat semula badan setelah kita tidur sepanjang malam, dapat meningkatkan daya tumpuan, dapat meningkatkan metabolisme tubuh sehiggalah dapat melegakan kesihatan mental.

Walaupun begitu, manfaat ini dapat diperoleh sekiranya anda minum air  kosong pada suhu yang tepat. Sehubungan itu, beberapa hasil kajian ada menyatakan bahawa minum air sejuk pada waktu pagi adalah lebih baik dari minum air suam. Ada juga yang menyatakan sebaliknya.

Jadi, mana yang lebih baik, minum air sejuk atau air suam?

via petuaibu.com

Jawapannya adalah secara keseluruhannya, kedua-duanya sama baik untuk kesihatan tubuh. Sama ada diminum secara sejuk atau suam. Menurut satu sumber dari pakar pemakanan dan pemilik Active eating Advice, Leslie Bonci, minum air yang suam pada waktu pagi dapat memberikan kelegaan terutama bagi mereka yang selalu menghadapi masalah pencernaan dan mampu juga memberi keselesaan pada perut. Namun, hingga kini masih belum ada bukti yang sahih bahawa minum air suam sebenarnya lebih baik dalam merawat masalah percernaan.

Pada tahun 2003 pula, seorang ahli diet berdaftar di Klinik Cleveland, Lindsay Malone mendapati bahawa orang yang minum air sejuk pada waktu pagi akan juga mengalami peningkatan metabolisme tubuh sebanyak 30 peratus. Ini bermakna, tubuh dapat membakar 100 kalori tambahan jika seseorang itu minum setengah liter air sejuk secara rutin setiap hari.

via tanindo.net

Mungkin kedua-dua perkara ini kedengaran penting tetapi sebenarnya anda perlu juga ingat bahawa minum air walau apa sahaja suhunya akan dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh, dapat mengawal dari makan secara berlebihan dan dapat menurunkan kalori dan ianya lebih baik dari minuman bergula atau berkarbonat yang lain.

Oleh itu, tidak ada salahnya untuk terus minum air yang mencukupi setiap hari dan jadikan air putih sebagai pilihan yang sihat pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada supaya badan anda sentiasa terhidrat.

airminuman kebaikan kesihatan minumair
https://lomp.at/1sdw3
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

Millenial Tak Rasa Umur Sendiri: Fenomena ‘Age Dysmorphia’ Kian Jadi Realiti

by Iffah Najwa
December 20, 2025

Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial. Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan...

Read moreDetails
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    Fenomena ‘Reseller’ Di Kedai Barangan Terpakai Cetus Rasa Tidak Selesa Pengunjung

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore